Penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan.
Penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan.

Usia menjangkau 21 tahun, UMP kini dikenali Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

ROSHLAWATY MD RAIEH
01 Aug 2023 09:42am
A
A
A

Penjenamaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) adalah tepat pada masanya apabila kampus tersebut kini berada di puncak kejayaan, bertepatan visi ‘ke arah sebuah universiti teknologi terunggul’.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan berimpak selain melahirkan siswazah cemerlang.

“Kebolehpasaran siswazah universiti kini mencapai 98.67 peratus dan antara tertinggi di Malaysia.

“Penjenamaan ini juga akan membina reputasi dan keupayaan universiti seiring perkembangan dan pencapaian universiti yang diiktiraf dunia,” ujarnya.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan penggunaan logo dan nama UMPSA mengikut Warta Kerajaan Persekutuan yang berkuat kuasa 14 April lalu.

Memandangkan UMP kini dijenamakan kepada UMPSA setelah 21 tahun diwujudkan, Sinar Bestari kongsikan imbasan perkembangan perjalanan UMP (sebelum dikenali UMPSA) bermula 16 Februari 2002 sehingga hari ini.

1) UMP bermula dengan Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) iaitu sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ke-16 diwartakan pada 16 Februari 2002.

2) Setelah lima tahun beroperasi, kerajaan telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada UMP berkuat kuasa 1 Februari 2007.

Artikel Berkaitan:

3) Alumni UMP tahun 2019 iaitu graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrikal dengan Kepujian, Leftenan (Pertahanan Awam), Kang Wei Xian dan Mohamad Zaib Jamri (graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian) telah membanggakan universiti apabila masing-masing berjaya menganggotai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan terlibat dalam misi mencari serta menyelamat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember 2022 lalu.

4) Penglibatan dua alumni UMP ini dan alumni yang lain dilihat sebagai satu khidmat bakti cukup berharga kepada agama, bangsa dan negara.

5) Perjalanan cemerlang UMP dalam tempoh 21 tahun ini turut dinadikan oleh komitmen tinggi warga kerjanya sama ada di peringkat operasi, pentadbiran mahupun akademik.

6) Misalnya, bagi tempoh antara 2010 hingga 2023, jumlah keseluruhan staf UMP telah meningkat sebanyak 32 peratus daripada 1,388 (2010) kepada 1,838 (2023).

7) UMP juga buat julung kalinya tersenarai dalam penarafan dunia Times Higher Education World University Rankings (THE WUR) 2023 iaitu berada pada kedudukan 801-1000.

9) Selain itu, kampus UMP turut tersenarai pada kedudukan 201-250 dunia menerusi Times Higher Education Young University Rankings 2023 (THE Young) baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok