Peserta UWINS 2024 yang menyertai misi pembersihan pantai di tiga pulau di Melaka, baru-baru ini.
Peserta UWINS 2024 yang menyertai misi pembersihan pantai di tiga pulau di Melaka, baru-baru ini.

UTeM perkukuh SDG di Taman Laut Melaka

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Mar 2024 04:17pm

Sekumpulan peserta program mobiliti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Winter School 2024 (UWINS 2024), mahasiswa dan kakitangan UTeM telah mengikuti program pembersihan pantai di tiga pulau di Melaka, baru-baru ini.

Tiga pulau itu terdiri daripada Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol yang diwartakan sebagai Taman Laut Negara pada Mei 2023.

Pengarah UWINS 2024, Dr Mohd Rusdy Yaacob berkata, program itu dianjurkan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), UTeM dan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE – UTeM Melaka dengan kerjasama PUSPANITA cawangan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Pejabat Perikanan Negeri Melaka dan IngeniousCity Engineering Solutions Sdn Bhd.

Ujarnya, ia bertujuan mempromosikan destinasi pelancongan terbaharu Melaka kepada mahasiswa luar negara yang sedang mengikuti aktiviti tersebut.

Timbalan Pengarah, Pejabat Perikanan Negeri Melaka, Nawar Abd Karim memaklumkan, sejak ketiga-tiga pulau itu diwartakan sebagai Taman Laut Negara jumlah pengunjung direkodkan seramai 2,000 orang.

No Image Caption

“Penglibatan golongan mahasiswa dan agensi kerajaan dalam membersihkan pantai adalah langkah positif untuk menangani isu pencemaran dan menjaga kelestarian ekosistem laut di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Delegasi NRES, Dr Mohd Redzuan Ramli melahirkan rasa bangga dan menyambut baik inisiatif program itu dalam usaha menjaga alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

“Keterlibatan secara aktif peserta UWINS 2024 turut menyumbang kepada kelangsungan salah satu misi NRES iaitu melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi ke arah pembangunan daya tahan iklim​​,” ujar Mohd Redzuan. ​​

No Image Caption

Dalam pada itu, Dekan FTKE UTeM, Profesor Madya Dr Hidayat Zainuddin menekankan bahawa, penglibatan semua pihak dalam program pembersihan pantai adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya pada SDG 13, SDG 14 dan SDG 17.

Jelasnya, program pembersihan pantai ini dianggap sebagai usaha penting dalam mengawal perubahan iklim global dan menjamin kesejahteraan kawasan perairan Taman Laut Melaka akan datang.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp