Dua mahasiswa UUM tersenyum gembira menerima makanan percuma.
Dua mahasiswa UUM tersenyum gembira menerima makanan percuma.

UUM rai mahasiswa tidak pulang beraya, sediakan makanan sepanjang minggu perayaan

AZLEENDA SAHALUDIN
26 Apr 2023 05:46pm
A
A
A

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman masih terdapat sesetengah pihak yang tidak berpeluang merasai momen tersebut.

Ini disebabkan beberapa kekangan yang menghalang mereka khususnya mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk merasai suasana kemeriahan hari raya antaranya tiket pulang ke kampung mahal serta cuti yang singkat.

Justeru, bagi meraikan mereka yang tidak pulang ke kampung sempena perayaan tahun ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengedarkan 800 bungkusan makanan dan minuman dari hari raya pertama (22 April) hingga 26 April 2023.

Yang Dipertua MPP, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman berkata, lima orang MPP dan 30 JKPS telah mengedarkan makanan itu secara bergilir-gilir.

“Kami mengambil inisiatif untuk menyediakan makan tengah hari dan malam ini melalui hasil peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan sumbangan yang diterima.

“Edaran telah diberikan kepada semua mahasiswa, kakitangan pembersihan, pekerja dan petugas keselamatan di universiti yang bertugas sepanjang perayaan ini,” ujarnya.

Dua mahasiswa UUM tersenyum gembira menerima makanan percuma.
Dua mahasiswa UUM tersenyum gembira menerima makanan percuma.



Antara menu menarik yang disediakan adalah Nasi Ayam Kicap, Nasi Kak Wok dan Sandwich.

Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika dihubungi berkata, jalinan kerjasama MPP dan JKPS dalam aktiviti seperti ini membuktikan mereka sentiasa peka dan bertindak segera bagi menjaga kebajikan rakan-rakan dan kakitangan sokongan yang bertugas terutamanya di musim perayaan.

Artikel Berkaitan:


Ujar beliau, pihaknya di HEP sentiasa memberi sokongan dan membantu barisan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa di kampus ini untuk menjalankan aktiviti bagi kebaikan bersama.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok