Mohamed Khaled (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan FWD Takaful Berhad kepada UUM di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohamed Khaled (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan FWD Takaful Berhad kepada UUM di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

UUM terima sumbangan bernilai RM15 juta

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
17 Mar 2023 02:54pm
A
A
A

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima sumbangan bernilai RM15 juta daripada FWD Takaful Berhad di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tadbir Urus Shariah dan Kewangan Islam (ISGaIF) sebagai Dana Takaful Sosial (Social Takaful Fund-STF) akan menggunakan sumbangan berkenaan untuk meningkatkan tahap kewangan inklusif ke arah kesejahteraan sosial masyarakat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha IBS UUM bukan sahaja berjaya memperoleh dana dari pihak korporat malah dapat menganjurkan program tempatan dan antarabangsa melibatkan komuniti untuk memperkasa program-program seperti celik kewangan, penyelidikan serta inovasi.

“Sebagai contoh, melalui kerjasama strategik antarabangsa dengan Akademi Perbankan dan Kewangan, Uzbekistan, seramai 21 peserta turut menerima sijil pencapaian program latihan eksekutif perbankan dan kewangan Islam (Executive Advance Certificate in Islamic Banking and Finance) (EACIBF).

“Peranan KPT bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu dan pemikiran yang matang, memimpin kematangan serta mencari kebenaran sahaja malah perlu memperhalusi peranan sebenar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Majlis sumbangan bernilai RM15 juta FWD Takaful Berhad kepada UUM yang berlangsung di di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis sumbangan bernilai RM15 juta FWD Takaful Berhad kepada UUM yang berlangsung di di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Inisiatif yang ditunjukkan UUM ini selaras dengan aspirasi universiti mesti melibatkan diri dengan industri dan membantu dari aspek penyelidikan terutamanya di peringkat nasional ataupun global,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful Berhad, Vishwanath Pasupathy bersama Ketua Pegawai Strategi dan Saluran Digital FWD Takaful Berhad, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar berkata, kerjasama industri dan agensi antarabangsa amat penting sebagai satu bentuk perkongsian strategik.

“UUM akan sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi melalui kerjasama dalam pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi, jaringan global serta khidmat masyarakat,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok