Sheikh Muszaphar bersama Bella yang mendapat tiga tawaran serentak untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah.
Sheikh Muszaphar bersama Bella yang mendapat tiga tawaran serentak untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

Antara TKC, KYS dan Genius Permata Pintar, yang mana satu pilihan anak Sheikh Muszaphar?

ROSHLAWATY MD RAIEH
03 Mar 2024 03:21pm
A
A
A

Jumaat lalu, Sinar Bestari ada kongsikan kegembiraan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sekeluarga apabila anak sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC), tahun ini.

Tidak lama kemudian, beliau telah berkongsi pula yang Bella telah mendapat tawaran ke sebuah lagi lokasi pengajian penuh berprestij iaitu Genius Permata Pintar Negara pula.

Dalam hantaran yang dibuat menerusi Instagram, Sheikh Muszaphar menulis:

“Tawaran ke Genius Permata Pintar. Keputusan keluar hari ini dan Bella telah ditawarkan tempat. Syukur sangat. Alhamdulliah.

“Kali ini, daddy yang menangis. Selama ini melihat pengorbanan anak. Tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat. Kental jati diri dan tak pernah mengalah. Never once mengeluh! itulah Bella,” tulisnya lagi.

Menerima tiga tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat iaitu TKC, Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Genius Permata Pintar membuktikan usaha keras Bella sepanjang pembelajaran peringkat sekolah rendah membuahkan hasil yang cukup luar biasa.

Sambung Sheikh Muszaphar dalam catatan di Instagram lagi, TKC, KYS dan Genius Permata Pintar adalah sekolah yang sangat hebat.

“Bagaimana kami nak buat pilihan? Dalam dilema. Namun pada akhirnya apa yang terbaik untuk Bella. Impiannya, cita-citanya, kesejahteraannya dan kegembiraannya,” tulis suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dan bapa kepada tujuh cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok