Sentuhan Cikgu Rozzi terhadap bangunan lama (gambar kecil) SK Malim Nawar buat ramai kagum!
Sentuhan Cikgu Rozzi terhadap bangunan lama (gambar kecil) SK Malim Nawar buat ramai kagum!

Bangunan lama SK Malim Nawar berubah 360 darjah! 'Ini hasil kreativiti Cikgu Rozzi'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Aug 2024 05:25pm

"Melangkah ke sekolah baharu. Bermakna kita perlu bermula dari kosong semula. Masa mula masuk sini, beritahu Cik Abang, nak tenang-tenang sahaja dekat sini. Tapi tak sangka pula, begini rupanya gaya tenang-tenang itu.

"Terima kasih Puan GB (Guru Besar), pentadbir dan guru-guru Menawo. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diberi.”

Kata Rozziana Mohamad Som atau lebih mesra disapa Cikgu Rozzi dalam akaun Facebooknya, pada Khamis.

Catatan itu merujuk kepada make over yang telah dilakukannya terhadap bangunan lama Sekolah Kebangsaan (SK) Malim Nawar, Perak, berusia lebih 100 tahun.

Menerusi transformasi Cikgu Rozzi, Sinar Bestari mendapati bangunan sekolah yang pada mulanya usang, kini kelihatan begitu cantik dan sangat mewah dengan keseluruhan dinding dalam bangunan berwarna putih.

No Image Caption

Menurut kajian, mereka yang memilih warna ini (putih) merupakan seseorang yang mempunyai keperibadian suka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

Malah, warna putih juga dianggap sebagai simbol kesucian dan kemurniaan hati individu tersebut.

Sementara itu, memetik perkongsian Cikgu Rozzi di Facebook, beliau berkata, pada asalnya, bangunan yang di make over akan dijadikan ruang kerja untuk pasukan inovasi sekolah.

Bagaimanapun, bangunan tersebut telah dijadikan bilik pelbagai guna antaranya bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), bilik Intervensi Tahun 1 dan bilik guru.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji usaha yang dilakukan guru hebat dari SK Malim Nawar.

No Image Caption

“Ya ALLAH cikgu. Cantik sangat!!! Hebatnya. Suka-suka,” tulis Siti Rohani Ahmad Patanah.

“Berada di tangan orang yang betul, terserlah hasilnya. Tahniah kak,” catat Aznee Fazrein.

“Tahniah. Bagus cikgu kekalkan bangunan sejarah dan touch-up...nampak berseri,” ujar Atie Lann.

“Tahniah Cikgu Rozzi. Pergi mana pun mesti ada hasil yang hebat. Terbaik,” tutur Rohaiza Abdul Manan.

“Alhamdulillah tahniah, campak ke mana pun menjadi,” kata Mohd Zakry Abd Rahim.

No Image Caption

"Wow...terbaik sangat, susah nak cari cikgu yang kreatif dan berdedikasi macam ini. Memang patutlah dapat anugerah Hari Guru Kebangsaan tempoh hari,” kata Ziela Zainal.

"Syukur alhamdulillah, bangunan rumah guru dan bangunan lama di beri wajah baru. Terbaik cikgu,” ujar Rahim Azizi Yin.

"Lawanya...nak pi OOTD boleh?,” ujar Suraya Md Salleh.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp