Samsul (tiga kiri) bersama maskot Papa Zola daripada Monsta.
Samsul (tiga kiri) bersama maskot Papa Zola daripada Monsta.

Bersama raikan misi kembali ke sekolah

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
19 Jan 2026 01:00pm

Suasana ceria dan teruja menyelubungi keseluruhan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah (A) menerusi ‘Welcome Back to the School 2026’.

Guru Besarnya, Samsul Fadilah berkata, pihak sekolah bersyukur dengan kehadiran Sinar Bestari, SD Guthrie dan Monsta Studio memeriahkan sambutan.

Murid gembira menerima belon di hari pertama persekolahan 2026.
Murid gembira menerima belon di hari pertama persekolahan 2026.

Malah, pihak sekolah katanya amat menghargai sokongan berterusan SD Guthrie dalam meraikan murid-murid pada hari pertama itu.

Menurutnya, seramai lapan murid Tahun Satu berdaftar pada tahun ini berbanding 11 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan pelajar seramai 75 murid termasuk 20 murid prasekolah.

“Memandangkan SK Sungai Judah (A) merupakan sekolah Orang Asli dengan sasaran KPI kehadiran ditetapkan pada 88 peratus, saya harap pelajar di sekolah ini berjaya hadir setiap hari,” katanya.

Samsul (tiga kiri) bersama maskot Papa Zola daripada Monsta.
Samsul (tiga kiri) bersama maskot Papa Zola daripada Monsta.

Artikel Berkaitan:

Selain akademik, tambah Samsul, sekolah ini juga dikenali dengan pencapaian dalam bidang seni tarian hasil bimbingan guru tari dengan sistem pelapis yang berterusan.

“Tahun lalu, pasukan tarian sekolah ini berjaya membuat persembahan peringkat Asia di Pulau Pinang menerusi acara Ketukan 10,000 Gendang Cina,” katanya.

Samsul turut menegaskan ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anakanak hadir ke sekolah setiap hari.

Pelajar prasekolah (kanan) sedih dan mencuba untuk pulang kerana tidak terbiasa bersekolah.
Pelajar prasekolah (kanan) sedih dan mencuba untuk pulang kerana tidak terbiasa bersekolah.

“Pihak sekolah juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua muridmurid dan guru.

“Kami juga berjanji kepada mereka bahawa akan ada rombongan sekolah pada hujung tahun nanti.

"Seperti tahun lalu, kami ke Sunway Lagoon membawa murid-murid ini berjalan,” ujarnya lagi.

Ringkasan AI

  • Suasana ceria menyelubungi SK Sungai Judah (A) dengan penganjuran 'Welcome Back to the School 2026'
  • Sinar Bestari, SD Guthrie dan Monsta Studio memeriahkan sambutan hari pertama sekolah
  • Lapan murid Tahun Satu berdaftar pada tahun ini, menjadikan jumlah pelajar adalah 75 termasuk 20 murid prasekolah
  • SK Sungai Judah (A) menyasarkan KPI kehadiran 88 peratus bagi pelajarnya
  • Sekolah ini dikenali dengan pencapaian dalam bidang seni tarian, pernah membuat persembahan peringkat Asia
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp