Ahmad Firdaus Iqbal disahkan meninggal dunia hari ini setelah lebih 48 jam bertarung nyawa dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak Ahad lalu.
Ahmad Firdaus Iqbal disahkan meninggal dunia hari ini setelah lebih 48 jam bertarung nyawa dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak Ahad lalu.

Pemergian mengejut Ahmad Firdaus Iqbal! Warga SK Taman Rinting 3 menangis

22 Jul 2025 03:44pm

Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3, Masai, Johor pada Selasa berkongsi satu poster takziah tentang pemergian salah seorang murid mereka akibat lemas di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, Melaka.

Murid berkenaan, Ahmad Firdaus Iqbal Ahmad Ridzuan, 7, disahkan meninggal dunia hari ini setelah lebih 48 jam bertarung nyawa dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak Ahad lalu.

Meninjau ruangan komen, warga maya berkongsi rasa hiba dan sebak atas kehilangan insan kecil yang disifatkan sebagai 'penyejuk hati keluarga dan sekolah'. 

"Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga tabah dan kuat atas kepergian anak tercinta," maklum Mohamad Amirul.

"Semoga ibu ayahnya kuat semangat dengan ujian kehilangan anak tersayang," ujar Adawiyah.

"Nama Ahmad Firdaus Iqbal membawa maksud 'Ahmad yang terpuji, yang berada di syurga tertinggi dan memiliki kejayaan'. Ia adalah nama yang baik dan mempunyai konotasi positif dalam Islam. Indah namanya," catat Chik Eza.

Terdahulu, Ahmad Firdaus Iqbal dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang di Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana Ahad lalu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd Zahery Mohd. Zailani berkata, setiba di lokasi, bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan kepada mangsa, namun murid itu masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, mangsa dimasukkan ke PICU Hospital Melaka dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp