Antara murid SK Bukit Kapar yang mengikuti Perkhemahan Kokurikulum 2025 baru-baru ini.
Antara murid SK Bukit Kapar yang mengikuti Perkhemahan Kokurikulum 2025 baru-baru ini.

Perkhemahan Kokurikulum SK Bukit Kapar bina karakter GenMADANI

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Nov 2025 02:49pm

Seramai 112 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kapar, Selangor berjaya menyertai Perkhemahan Kokurikulum 2025 yang berlangsung selama tiga hari dua malam di MCL D’Bamboo Resort, Tanjung Karang.

Program ini bertujuan membentuk Generasi Madani (GenMADANI) yang berdisiplin, berdikari dan berjiwa kepimpinan melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP).

Antara aktiviti menarik sepanjang perkhemahan termasuk Night Walk Adventure, Survival Cooking, Game Station, Orienteering, Malam Kebudayaan dan Simulasi Rest Q.

Menurut Penyelaras Perkhemahan, Cikgu Afiq Fikrie Mohmad, program berkenaan bukan sekadar aktiviti luar bilik darjah tetapi merupakan ruang untuk murid mempelajari nilai sebenar tanggungjawab dan semangat berpasukan.

"Kami mahu murid belajar mengurus diri, menghormati masa, bekerja dalam pasukan dan berani membuat keputusan. Nilai-nilai ini penting dalam membina karakter murid Madani yang seimbang,” jelas beliau.

No Image Caption

Perkhemahan ini turut dikendalikan dengan kerjasama PMC Consultants serta dibantu oleh barisan guru SK Bukit Kapar.

Artikel Berkaitan:

Walaupun berdepan sedikit cabaran cuaca dan isu kesihatan, semua aktiviti berjalan lancar mengikut SOP keselamatan yang ditetapkan.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Zamri Rashid menzahirkan penghargaan kepada semua guru dan pihak konsultan atas usaha menjayakan program ini.

"Tahniah kepada semua warga sekolah dan peserta. Semangat serta kerjasama yang ditunjukkan sangat membanggakan. Semoga perkhemahan ini meninggalkan pengalaman bermakna sekali gus membentuk generasi murid yang berani, berakhlak dan berdaya saing," ujarnya.

No Image Caption

Guru Besar SK Bukit Kapar, Cikgu Azizah Mat pula menggalakkan peserta membuat catatan refleksi sepanjang perkhemahan sebagai ruang menilai kekuatan, cabaran dan penambahbaikan program.

"Catatan refleksi ini amat penting kerana daripadanya kita dapat melihat nilai sebenar pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh murid serta warga sekolah," katanya.

Program diakhiri dengan Majlis Penutupan dan Refleksi Program, di mana peserta berkongsi pengalaman dan maklum balas terhadap keseluruhan perkhemahan.

Secara keseluruhan, perkhemahan berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform membina karakter pelajar seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), selaras dengan aspirasi Pendidikan Madani.

 

 

Ringkasan AI

  • Seramai 112 murid Tahun Enam SK Bukit Kapar, Selangor menyertai Perkhemahan Kokurikulum 2025 selama tiga hari dua malam
  • Program bertujuan membentuk Generasi Madani yang berdisiplin, berdikari dan berjiwa kepimpinan melalui Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
  • Perkhemahan ini merangkumi aktiviti seperti Night Walk Adventure, Survival Cooking dan Malam Kebudayaan
  • Penyelaras perkhemahan menyatakan program ini membantu murid belajar mengurus diri, menghormati masa dan bekerja dalam pasukan
  • Perkhemahan berjaya mencapai matlamat membina karakter pelajar seimbang selaras dengan aspirasi Pendidikan Madani
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp