Hema Letchamanan (berdiri empat dari kiri), Guru Besar SRJK (T) Seaport's, Sarasvathy Vadivellu (lima dari kiri), Syed Norulzaman (enam dari kiri), Prema Ponnudurai (lapan dari kiri) bergambar bersama-sama peserta Projek BacaBaca.
Hema Letchamanan (berdiri empat dari kiri), Guru Besar SRJK (T) Seaport's, Sarasvathy Vadivellu (lima dari kiri), Syed Norulzaman (enam dari kiri), Prema Ponnudurai (lapan dari kiri) bergambar bersama-sama peserta Projek BacaBaca.

Projek BacaBaca bantu murid B40

MOHD ANAS BAHARUDIN
27 May 2024 12:30pm
A
A
A

Seramai 140 murid sekolah rendah dari keluarga B40 menerima bantuan Projek BacaBaca.

Pada sambutan rasmi fasa keempat Projek BacaBaca, Pengerusi Mah Sing Foundation, Datuk Indera Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman; Pengarah Education for All Impact Lab, Taylor's University, Prema Ponnudurai dan Pensyarah Senior and Ketua Projek BacaBaca, Taylor's University, Hema Letchamanan hadir memberikan sepatah dua kata mengenai program tersebut.

Syed Norulzaman menyuarakan hasrat untuk meneruskan program ini, khususnya membantu kanak-kanak golongan kurang bernasib baik.

“Keberkesanan Projek BacaBaca dalam meningkatkan kebolehan membaca bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam masa singkat mengukuhkan komitmen kami untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan,” katanya.

Syed Norulzaman menyampaikan penghargaan kepada kanak-kanak dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Projek BacaBaca setakat ini.

“Kita bukan sahaja menggalakkan asas kebolehan membaca, malah juga menanamkan keinginan untuk belajar yang mendalam,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap program ini dapat membentuk pemimpin negara masa depan, sekaligus menghasilkan masyarakat yang adil dan inklusif.

Sementara itu, Hema Letchamanan berkata, kebolehan membaca adalah asas kepada segala pengetahuan dan pemberian pendidikan berkualiti kepada murid yang kurang bernasib baik boleh mempengaruhi pengurangan kadar kemiskinan dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Projek BacaBaca dicetuskan oleh Taylor’s University School of Education pada tahun 2021

untuk membantu kanak-kanak dari umur enam hingga sembilan tahun, meningkatkan kebolehan membaca dan prestasi pembelajaran di dalam kelas.

Program itu terdiri dari dua komponen iaitu membantu murid sekolah rendah berkebolehan membaca yang lemah dan menolong murid sekolah rendah atas vernakular untuk memperoleh kebolehan membaca bahasa Melayu supaya mereka boleh beralih ke sekolah menengah tanpa rintangan bahasa yang melumpuhkan proses pelajaran.

Program ini dikendalikan oleh sukarelawan terdiri daripada murid sekolah menengah, pelajar institut pelajaran tinggi, golongan professional dan pesara dari seluruh negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok