No Image Caption

SK Seksyen 17 anjur Pameran Inspirasi Seni, pupuk minat murid dalam PSV

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
20 Feb 2024 11:58am

Demi memperluaskan pengetahuan murid dalam bidang seni, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17 Shah Alam, Selangor telah menganjurkan sebuah Pameran Inspirasi Seni awal Februari lalu.

Muhammad Najdi
Muhammad Najdi

Menurut pengelola program, Muhammad Najdi Ahamad Nawai, pameran seni itu dianjurkan bagi meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) selain memberi peluang untuk mereka merasai dan meneroka pengalaman baru sepanjang ia berlangsung.

“Pameran Inspirasi Seni ini dapat dijadikan sebagai platform untuk murid-murid meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea segar yang diperoleh daripada karya pempamer.

“Ia juga dapat mengembangkan bakat di samping mampu memupuk semangat persaingan yang sihat sesama mereka,” katanya.

Dari kiri wakil PPD Omeearnita Abdul Wahid, pengelola program Cikgu Muhammad Najdi dan Guru Besar, Saniah Abdul Karim.
Dari kiri wakil PPD Omeearnita Abdul Wahid, pengelola program Cikgu Muhammad Najdi dan Guru Besar, Saniah Abdul Karim.

Beliau yang juga merupakan Ketua Panitia subjek PSV itu turut memberitahu, seramai 1,000 pengunjung telah hadir ke pameran berkenaan dan merupakan wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana antaranya Mahfuzah Moahamed Khalib dan Omeearnita Abdul yang ditemani Guru Besar sekolah, Saniah Abdul Karim.

Dalam pada itu, Pameran Inspirasi Seni ini turut mendapat sokongan jitu daripada jurulatih utama PSV, Izwar Fahmi Hawari Wahid serta guru-guru dan murid-murid.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap pameran ini dapat dilaksanakan dengan skala yang lebih besar melibatkan beberapa sekolah lain agar jaringan unik dapat diwujudkan.

“Dan ia pastinya lebih menarik sekiranya wujud kerjasama antara sekolah dan Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB),” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp