PKS Muda yang mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam di Padang Kawad Kor Sispa.
PKS Muda yang mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam di Padang Kawad Kor Sispa.

Pupuk minat pertahanan awam

13 Feb 2024 05:46pm

Seramai 64 Pegawai Kadet Sispa (PKS) Muda Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam di Padang Kawad Kor Sispa, Ahad lalu.

PKS Tinggi Muhammad Amirul Afandi Rahmad berkata, kursus bertujuan menilai tahap kefahaman dan pengetahuan asas PKS Muda berkenaan pertahanan awam.

“Untuk penilaian kursus kali ini, saya lihat PKS Muda memberi komitmen jitu disamping disiplin yang sangat tinggi.

“Ia merupakan kursus pertama yang perlu diikuti bagi melayakkan mereka mendapatkan nombor anggota sebelum meneruskan langkah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam kelak,” katanya selaku Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Kadet (JPK) Kor Sispa UiTM Shah Alam.

Sementara itu, PKS Muda Insyirah Ramli berkata, kursus asas berkenaan menjadi pemangkin untuknya memupuk minat dan terus berada dalam pertahanan awam.

No Image Caption

Malah katanya lagi, hasil menyertai kursus tersebut, dia dan peserta lain lebih terdedah dengan perkhidmatan ditawarkan APM dan tidak terhad kepada menangkap ular sahaja.

“Saya difahamkan APM bukan sekadar menangkap ular tetapi ia juga mempunyai perkhidmatan lain seperti ambulans, penyelamat pantai, mengendalikan pusat pemindahan sementara (PPS) dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap akan terus bersama APM disamping dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Kursus Asas Pertahanan Awam mengetengahkan beberapa silibus kepada para peserta iaitu kemahiran kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, melawan kebakaran, luka dan kepatahan serta balutan.

Selain silibus, peserta atau PKS Muda juga didedahkan dengan carta organisasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) samada di peringkat ibu pejabat, pejabat negeri dan pejabat daerah.

Mereka juga berpeluang mengenali akta-akta dan punca kuasa yang berkaitan menerusi kursus terbabit.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp