SK Sungai Bakau diumum pemenang tempat kedua dalam My Cyber Hero 2024.
SK Sungai Bakau diumum pemenang tempat kedua dalam My Cyber Hero 2024.

SK Sungai Bakau banggakan Menteri Pendidikan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Aug 2024 06:07pm

Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang meraih tempat kedua dalam My Cyber Hero 2024 peringkat kebangsaan telah menggembirakan hati Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Selain itu, beliau (Fadhlina) yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal turut melahirkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian sekolah tersebut.

Katanya, SK Sungai Bakau antara 25 buah sekolah mara ke peringkat akhir dalam My Cyber Hero 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Kejayaan mara ke peringkat akhir cukup hebat apatah lagi dinobatkan tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

“Saya pasti, kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha gigih murid-murid dan guru-guru, tetapi juga komitmen sekolah dalam mengangkat nama baik Nibong Tebal di persada kebangsaan. Syabas dan tahniah semua,” kata Fadhlina di Facebooknya.

No Image Caption

Untuk makluman, SK Sungai Bakau ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asalnya SK Sungai Bakau Cawangan Sungai Acheh.

Peringkat awal, sekolah ini terdiri daripada dua blok sahaja iaitu blok A dan blok B dengan jumlah murid 92 orang sahaja.

SK Sungai Bakau telah mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan dari segi infrastruktur dan kurikulum untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan semasa.

Ia berfungsi sebagai pusat pembelajaran utama di kawasan Nibong Tebal, menyumbang kepada pembangunan akademik dan sosio-ekonomi masyarakat sekitar.

Sekolah ini juga aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti sukan, kesenian dan program-program lain yang bertujuan mengembangkan bakat dan minat murid-murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp