Kejayaan SK Tengkera Dua dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 buat ramai kagum.
Kejayaan SK Tengkera Dua dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 buat ramai kagum.

SK Tengkera Dua bawa pulang dua kejayaan. 'Ini kemenangan luar jangkaan'

11 Sep 2024 12:00pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera Dua, Melaka melakar sejarah apabila merangkul dua kemenangan dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), baru-baru ini.

Kemenangan yang diraih sekolah itu adalah johan kategori sekolah rendah dan Konduktor Terbaik (juga sekolah rendah) menerusi murid Tahun Enam, Muhammad Haziq Mohd Azuan.

Menurut Guru Bahasa Inggeris, Muhammad Farhan Mohd Yazid, kemenangan yang diraih anak-anak didiknya itu sememangnya di luar jangkaan pihak sekolah.

“Bukan satu tetapi dua anugerah yang pasukan kami menang.

“Sangat bersyukur dengan kejayaan yang diraih. Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan persembahan terbaik dalam pertandingan ini,” ujarnya.

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 menyaksikan persaingan antara 16 buah sekolah bagi merebut gelaran juara dalam setiap kategori dipertandingkan.

Masing-masing telah membuat persembahan yang mantap dan telah memberikan yang terbaik untuk memikat hati penonton dan juri.

Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ithnin Mahadi diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

No Image Caption

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Jamsari Mariman.

Sementara itu, Konduktor Terbaik, Muhammad Haziq berkata, menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin persembahan bukan perkara mudah.

Dia mengambil masa selama dua bulan untuk mempersiapkan diri sebelum tibanya hari pertandingan.

“Saya tiada asas menjadi seorang konduktor. Kerana itu, saya belajar di YouTube di samping mendapat bantuan guru-guru dan keluarga.

“Dengan usaha keras, akhirnya saya diberikan anugerah ini. Tahniah kepada rakan-rakan dalam kumpulan yang telah memberi kerjasama paling bagus sepanjang persembahan,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok