Mohd Aslam berserta penaja dan skuad bola sepak SK Puncak Perdana.
Mohd Aslam berserta penaja dan skuad bola sepak SK Puncak Perdana.

Skuad bola sepak SK Puncak Perdana terima penaja jersi baharu

31 May 2024 12:13pm

Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Perdana lancar jersi baharu tajaan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Jumaat lalu.

Pengurus pasukan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Puncak Perdana, Mohd Aslam Nor Zahari berkata, usaha mendapatkan penaja bagi jersi bola sepak sekolah diinspirasikan oleh pelancaran jersi musim baharu kelab ternama negara dan antarabangsa.

“Saya ambil semangat itu untuk membuat jersi baru bagi pasukan bola sepak sekolah dengan harapan untuk menaikan semangat pemain,” tambah beliau.

Jersi baru pasukan bola sepak SK Puncak Perdana.
Jersi baru pasukan bola sepak SK Puncak Perdana.

Majlis pelancaran di sekolah tersebut diadakan bagi meningkatkan keyakinan para pemain untuk beraksi hebat pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlangsung pada 4 Jun hingga 7 Jun 2024 kelak.

“Dengan adanya jersi baru yang menyemarakkan semangat pemain, harapan pihak sekolah, PIBG dan penaja adalah kecemerlangan prestasi pasukan bola sepak menjadi lebih baik,” kata Mohd Aslam semasa berucap pada majlis pelancaran tersebut.

Syarikat yang terlibat dalam tajaan pelancaran jersi baharu.
Syarikat yang terlibat dalam tajaan pelancaran jersi baharu.

Penaja yang terlibat adalah YB Synergy Holdings Sdn Bhd, Boortz Empire Sdn Bhd, Hadrat Touch Global, EL Preschool Sdn Bhd, RAS Recond Car dan Geng Aircond.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap kita akan bekerjasama dari masa ke semasa untuk memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak pelapis kepimpinan masa depan negara,” ujar beliau.

Murid SK Puncak Perdana hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran jersi baharu.
Murid SK Puncak Perdana hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran jersi baharu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp