Peserta bergambar kenang-kenangan bersama guru besar dan barisan AJK pelaksana program.
Peserta bergambar kenang-kenangan bersama guru besar dan barisan AJK pelaksana program.

UPSI adakan program Khidmat Komuniti Pusat Sumber, beri pendedahan kepada murid SK Tanjong Malim

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 11:01am
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim, Perak telah terpilih untuk diadakan program Khidmat Komuniti Pusat Sumber anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).

Abu Yazid
Abu Yazid



Guru Besarnya, Abu Yazid Jaafar berkata, program sebegini sememangnya banyak memberi pendedahan serta manfaat kepada murid khususnya mereka yang merupakan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS).

“Bahkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu dalam memperluaskan lagi fungsi PSS sebagai pusat rujukan murid dan orang awam.

“Saya berharap program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang kerana ia memupuk pelbagai impak positif dalam diri murid sekolah, mahasiswa dan komuniti setempat,” ujarnya ketika merasmikan program Khidmat Komuniti Pusat Sumber pada Rabu.

Program berkenaan dikendalikan oleh Exco Kesukarelawanan Komuniti dan Kemanusiaan dengan kerjasama Exco Kebajikan dan Kerohanian serta Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK).

Khidmat Komuniti Pusat Sumber ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber melibatkan 27 peserta serta Kelestarian Pusat Sumber yang melibatkan kerja-kerja penambahbaikan laluan dan dinding pusat sumber.

Sementara itu, Pengarah Program, Hurul Iffah Mashitah Mursidi berkata, selain berperanan dalam menambah baik prasarana pusat sumber, objektif program ini adalah berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan tugas dan peranan sebenar pengawas PSS, amalan kerja berpasukan yang baik serta memberikan nasihat dalam memperkasa pusat sumber ke arah pembelajaran abad ke-21.

“Dengan pelaksanaan program ini diharapkan ia menjadi langkah pertama dalam memperkasakan peranan pusat sumber sebagai tempat menyediakan maklumat, perkhidmatan serta peluang bagi memperkukuh pengajaran dan pembelajaran.

Artikel Berkaitan:


“Ia bertujuan menguasai kemahiran asas dan kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok