Inilah lima bintang PERMATA@Pintar yang diiktiraf melalui anugerah masing-masing. Foto: Facebook Pusat PERMATA@Pintar Negara
Inilah lima bintang PERMATA@Pintar yang diiktiraf melalui anugerah masing-masing. Foto: Facebook Pusat PERMATA@Pintar Negara

5 pelajar cemerlang PERMATA@Pintar Negara terima Anugerah Khas!

29 Oct 2025 01:29pm

Nama Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menjadi tumpuan apabila lima pelajar cemerlangnya dinobat penerima Anugerah Khas sempena Majlis Graduasi ke-14 Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM baru-baru ini.

Institusi pendidikan elit yang juga dikenali sebagai Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM sememangnya terkenal sebagai pusat melahirkan pelajar pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang akademik, kepimpinan serta sahsiah diri.

Majlis yang penuh bermakna itu diadakan bagi menghargai usaha, disiplin dan kegigihan pelajar sepanjang menempuh pengajian di kolej berprestij berkenaan.

Barisan pelajar yang berjaya mengharumkan nama Kolej PERMATA@Pintar Negara kali ini ialah:

1) Anugerah Tertinggi: Savitthran Muthuramu

2) Anugerah Akademik: Lew Jia Jin

3) Anugerah Kepimpinan: Farish Danish Zamri

4) Anugerah Kokurikulum: Khaira Adriana Nor Azizi

Artikel Berkaitan:

5) Anugerah Sahsiah Terpuji: Auni Nazrulfazri

Sinar Bestari merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas atas kejayaan luar biasa ini.

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus gigih mengejar impian dan melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

 

 

Ringkasan AI

  • Nama Pusat PERMATA@Pintar Negara (PPPN), UKM menarik perhatian sempena Majlis Graduasi ke-14
  • Institusi pendidikan ini terkenal melahirkan pelajar berbakat dalam akademik, kepimpinan, dan sahsiah diri
  • Majlis diadakan untuk menghargai usaha dan kegigihan pelajar
  • Pelajar cemerlang yang dianugerahkan termasuk Savitthran Muthuramu (Anugerah Tertinggi) dan Lew Jia Jin (Anugerah Akademik)
  • Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk mencapai kecemerlangan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp