Cikgu Norazri (empat dari kiri) dan Anuar (tengah) bersama peserta yang mengikuti Program Intervensi Perdana ICU SPM.
Cikgu Norazri (empat dari kiri) dan Anuar (tengah) bersama peserta yang mengikuti Program Intervensi Perdana ICU SPM.

80 calon peperiksaan sertai Intervensi Perdana ICU SPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 May 2024 08:15am
A
A
A

Seramai 80 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut, Papar, Sabah menyertai Program Intervensi Perdana ICU Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah tersebut baru-baru ini.

Penyelarasnya, Cikgu Norazri Mat Piah berkata, program memfokuskan kepada empat mata pelajaran teras utama iaitu bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik.

Ujarnya lagi, ia disasarkan kepada calon SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian mereka terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik.

Tambah beliau, Intervensi Perdana ICU SPM kali ini sangat bertuah apabila Pegawai School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Sains dan Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Sabah, Anuar Ag Ismail hadir dalam program berkenaan.

“Kehadiran beliau secara tidak langsung meningkatkan semangat guru dan peserta kerana selama ini, ramai beranggapan kehadiran pegawai atasan hanya memantau dan mengarahkan perkara tertentu.

“Beliau bukan sekadar hadir sahaja sebaliknya turut memberikan motivasi dan menunjukkan kemahiran membimbing pelajar yang berpotensi rendah.

“Jika ini di terapkan oleh semua pegawai, guru-guru pasti terasa lebih bersemangat untuk melakar lebih kejayaan kerana bebanan dilalui bersama bukan sekadar arahan,” kata Cikgu Norazri lagi.

Selain kehadiran Anuar pada Program Intervensi Perdana ICU tersebut, dua guru iaitu Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik, Cikgu Rozy @ Regina Jimmy dan Ketua Panatia Sains, Cikgu Ling Hui Hsai turut serta dalam program sama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok