No Image Caption

Ahmad Khidir beri inspirasi kepada pelajar lain

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
28 Apr 2025 12:00pm

Pernah mencuri perhatian ramai menerusi Tokoh Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, Ahmad Khidir Ahmad Nazri sekali lagi membuktikan bahawa usaha gigih pasti membuahkan kejayaan.

Kisah kejayaan pelajar kelahiran Pulau Pinang itu bukan sekadar menjadi kebanggaan sekolah, malah menjadi inspirasi pelajar lain yang ingin menjejakkan kaki ke puncak kecemerlangan.

"Tiada niat untuk menunjuk, harap pelajar junior lebih bermotivasi untuk menjadi lebih baik berbanding saya kerana itulah yang dilakukan saya ketika melihat kejayaan senior di sekolah,” katanya.

Ahmad Khidir turut berkongsi bahawa kejayaannya itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT kerana ia merupakan antara doa ketika melakukan umrah sebelum ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp