Nurhayati (duduk, tengah) bersama sebahagian pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu yang menyertai Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters.
Nurhayati (duduk, tengah) bersama sebahagian pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu yang menyertai Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters.

Bentuk integriti dari bangku sekolah

NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
29 Aug 2024 05:33pm
A
A
A

Pendidikan mengenai pencegahan rasuah dan nilai integriti perlu bermula dari peringkat sekolah bagi membentuk generasi muda yang bebas rasuah.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak, Shahariman Abd Rahman berkata, ini kerana usaha membentuk kesedaran berhubung perkara itu adalah lebih mudah dilakukan pada peringkat pelajar berbanding mereka yang sudah dewasa.

“Pendedahan secara awal akan memberikan mereka ruang menilai jenis perlakuan yang menjurus kepada rasuah dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

“Kalau dahulu, mungkin bagi mereka rasuah ini berlaku dalam ruang lingkup kerja sahaja, tetapi sekarang mereka boleh melihat dan mentafsir rasuah melalui sudut pandangan yang berbeza sekali gus mengelak daripada terjebak,” katanya dalam program Jelajah Antirasuah di MRSM Pengkalan Hulu, pada Selasa.

Shahariman
Shahariman

Program disertai lebih 800 pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti Mara, Haznita Hashim dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Program usaha sama Mara dan Rasuah Busters itu meneruskan siri jelajah di Perak bermula di MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Gerik dan MRSM Felda Trolak di Sungkai pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Shahariman berkata, dalam kebanyakan situasi, pendedahan gejala rasuah hanya melibatkan kumpulan yang sudah terlibat dalam sektor pekerjaan.

“Sebelum ini, program integriti dan antirasuah yang diadakan di peringkat sekolah melibatkan kalangan guru dan staf sahaja.

Bacaan ikrar antirasuah oleh pelajar-pelajar MRSM Pengkalan Hulu.
Bacaan ikrar antirasuah oleh pelajar-pelajar MRSM Pengkalan Hulu.



Siri Jelajah Antirasuah meneruskan kesinambungan program di MRSM Pengkalan Hulu.
Siri Jelajah Antirasuah meneruskan kesinambungan program di MRSM Pengkalan Hulu.

“Tetapi dengan adanya siri jelajah ini, pelaksanaannya sudah menyeluruh dengan penglibatan sama daripada pelajar dan ini sesuatu yang baik untuk diteruskan,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Pengkalan Hulu, Amsyar Zarif Sharul Hizad berkata, pengukuhan nilai integriti boleh dilakukan di peringkat sekolah rendah supaya seiring dengan tanggungjawab yang digalas.

“Di peringkat menengah kita sudah terdedah dengan kepimpinan yang akan diberikan tanggungjawab lebih besar.

Amsyar Zarif
Amsyar Zarif

“Jika diberikan penekanan di peringkat awal, insya-ALLAH individu tersebut lebih terjaga sifat kepimpinannya dan jauh dari rasuah,” ujarnya.

Pelajar Tingkatan Lima itu berpandangan, dengan keadaan negara yang semakin maju, isu integriti perlu dijadikan intipati penting kepada pelajar dan generasi muda.

“Generasi muda inilah yang akan memacu pembangunan dan kepimpinan negara, jika dari awal sudah rosak, apa akan jadi kepada masa depan Malaysia,” tambahnya.

REAKSI

"Pengetahuan mengenai rasuah membuka mata bahawa integriti sangat penting dalam kita melaksanakan apa juga tugasan, ibaratnya halalkan apa yang halal dan haramkan apa yang haram." - Timbalan Pengetua MRSM Pengkalan Hulu, Hamizatulazian Amir

Hamizatulazian
Hamizatulazian

"Rasuah hanya membantutkan usaha kita membangunkan negara, bangsa dan masyarakat selain menjadi penghalang rakyat sesebuah negara itu hidup dalam harmoni dan sejahtera." - Pelajar Tingkatan Empat, Tuan Mohamad Adib Muqri Tuan Saharudin

Tuan Mohamad Adib Muqri
Tuan Mohamad Adib Muqri

"Pendedahan mengenai rasuah membuatkan saya terfikir bahawa secara tidak sedar kita sentiasa terdedah dengan aktiviti ini. Jadi perlu tahu cara mencegahnya sejak dari awal." - Pelajar Tingkatan Satu, Muhammad Fahim Azmin Norshamsuddin

Muhammad Fahim Azmin
Muhammad Fahim Azmin



Sesi perkongsian bersama pelajar sempena Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters di MRSM Pengkalan Hulu pada Selasa.
Sesi perkongsian bersama pelajar sempena Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters di MRSM Pengkalan Hulu pada Selasa.



Sesi soal jawab mengenai bahaya rasuah bersama pelajar sempena Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters di MRSM Pengkalan Hulu pada Selasa.
Sesi soal jawab mengenai bahaya rasuah bersama pelajar sempena Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters di MRSM Pengkalan Hulu pada Selasa.



Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.
Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok