Kelihatan seorang nenek yang duduk di kawasan luar dewan peperiksaan sambil membaca surah Yasin dan berzikir sementara menunggu cucu 'berperang' menjawab SPM 2024.
Kelihatan seorang nenek yang duduk di kawasan luar dewan peperiksaan sambil membaca surah Yasin dan berzikir sementara menunggu cucu 'berperang' menjawab SPM 2024.

Cucu 'berperang' jawab SPM, nenek baca Yasin di luar dewan peperiksaan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Jan 2025 04:30pm

Menjadi detik yang penuh beremosi apabila seorang nenek sanggup duduk di pekarangan dewan peperiksaan sambil membaca surah Yasin, sementara menunggu cucu kesayangan ‘berperang’ menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Situasi itu dikongsi salah seorang guru yang berada di kawasan itu apabila melihat sosok yang sudah berusia sanggup menunggu cucunya menamatkan peperiksaan bertulis pada Isnin.

Difahamkan, ibu kepada calon SPM itu meninggal dunia beberapa bulan sebelum peperiksaan tiba.

Disebabkan itu, neneknya mengambil tanggungjawab dan amanah untuk menghabiskan sisa waktu di sekolah bagi ‘menemani’ cucu dengan alunan ayat suci serta zikir.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet meninggalkan kata-kata positif kepada dua beranak itu.

Bagi Rohana Ahmad, bukan keputusan peperiksaan berkenaan yang menjadi taruhan tetapi keberkatan yang diminta oleh warga emas itu.

“Ada subjek yang tidak dapat A pun masih boleh guna untuk kehidupan harian. Doa sampai kepada cikgu yang mengajarnya.

“Ada subjek dapat A, tetapi selepas peperiksaan semuanya sudah lupa,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelayar dikenali sebagai Putri Sufi berkata, walaupun cucunya tidak cemerlang, percayalah akhlaknya sangat mulia.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp