Kejayaan para pelajar MTNP dalam Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri Pahang 2024 menjadi sumber inspirasi masyarakat di luar sana.
Kejayaan para pelajar MTNP dalam Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri Pahang 2024 menjadi sumber inspirasi masyarakat di luar sana.

Empat pelajar banggakan Maahad Tahfiz Negeri Pahang

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Jul 2024 02:55pm
A
A
A

Ketika nama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menjadi bualan ramai disebabkan isu markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), ada sekumpulan pelajar membawa berita gembira kepada sekolah itu menerusi penyertaan mereka dalam Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri Pahang 2024.

Pertandingan yang diadakan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Temerloh, Pahang baru-baru ini, disertai pelajar-pelajar Tingkatan Lima iaitu Muhammad Noor Naim Mohd Noor Fadillah, Nur Amalina Farhana Roslan, Nawwar Hayati Mohd Zawavi dan Auni Sumayyah Mohd Hamizan.

Mereka direzekikan untuk merangkul anugerah naib johan dan peserta terbaik (Auni Sumayyah) pada pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Pahang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi rasa gembira selain mendoakan semoga anak-anak MTNP menjadi anak soleh dan solehah serta berjaya dunia akhirat.

“Tahniah, teruskan kecemerlangan,” kata Rostina Jailani.

“Tahniah dan syabas. MTNP terbaik,” catat Dalam Taman.

“Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang selepas ini,” tulis Mohamad.

“Apabila kita fokus dengan impian, kejayaan akan datang mencari,” kata Abdullah.

“Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama MTNP. Semoga semuanya kekal meneruskan kecemerlangan kelak,” ujar MTNP di laman Facebook rasminya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok