Azmi (kiri) dan Fadhlina (tengah) dalam Program Dermasiswa Pelajar STPM yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang.
Azmi (kiri) dan Fadhlina (tengah) dalam Program Dermasiswa Pelajar STPM yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang.

Farm Fresh pertama kali libatkan sekolah menengah dalam program CSR

29 May 2025 10:01am

Ini merupakan kali pertama Farm Fresh melibatkan sekolah menengah dalam siri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat setelah lebih 10 tahun bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program Dermasiswa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ini merupakan program julung kali melibatkan Farm Fresh dan peringkat sekolah menengah dan acara perasmian peringkat kebangsaan itu disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta bersama Ketua Pengarah Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal.

Turut hadir pada majlis perasmian itu merupakan pegawai-pegawai dari KPM, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pejabat-pejabat daerah serta rakan strategik dari Tetra Pak Malaysia.

Program Dermasiswa ini merupakan inspirasi daripada Fadhlina sendiri di mana beliau melihat terdapat ramai dalam kalangan pelajar ini terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan dalam meniti hidup harian sebagai pelajar sebelum ke menara gading atau ke alam pekerjaan.

Fadhlina
Fadhlina

Jadi saranan dan keprihatinan daripada Menteri Pendidikan ini adalah supaya lebih banyak agensi mahupun pihak swasta yang berkemampuan untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa dan pelajar ini.

Dermasiswa merupakan bantuan dana dan sumbangan tunai daripada Farm Fresh bernilai RM100 setiap bulan untuk setiap pelajar dan bagi tahun 2025. Dermasiswa ini akan bermula pada Mei sehingga Disember 2025 untutk kumpulan pertama.

Secara keseluruhannya, 500 pelajar dipilih yang terdiri daripada pelajar-pelajar B40 daripada 10 negeri di bawah perbekalan susu sekolah Farm Fresh.

Artikel Berkaitan:

Pelajar-pelajar akan menerima sumbangan ini secara bulanan dan program dermasiswa ini akan berterusan sehingga 2029, di mana pengambilan baru akan dibuat setiap tahun (untuk tempoh 5 tahun).

Perbelanjaan Dermasiswa ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM400,000 bagi tahun 2025 dan RM600,000 setiap tahun dengan jumlah keseluruhan RM2.8 juta bagi sesi 2025-2029.

Pemilihan dan saringan pelajar-pelajar layak akan dibantu oleh KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pada majlis itu juga, wakil-wakil penerima daripada empat negeri dijemput untuk hadir sebagai simbolik penerimaan dana secara rasmi daripada syarikat.

No Image Caption

INFO

  • Farm Fresh berhad telah dilantik selaku pembekal susu sekolah di bawah Kontrak Program Susu Sekolah anjuran KPM yang dikelola oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BPSH secara tender terbuka bagi 10 Negeri di Semenanjung yang meliputi 5 Zon ( Zon 4: Kelantan, Zon 5: Terengganu, Pahang, Zon 6: Perlis, Kedah, Zon 7: Pulau Pinang, Perak, Zon 8: Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya).
  • Pelbagai siri CSR syarikat telah direncana termasuk Program Kelas Tuisyen Bijak Mengira, Pertandingan Susu Subsidi Kebangsaan, Multidimensi Plus, Sambutan Hari Susu Sekolah sedunia dan Program School to Farm.
  • Di sepanjang perlaksanaan program-program ini, syarikat mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi pihak iaitu KPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat-pejabat daerah serta warga sekolah dalam memastikan program dianjurkan mencapai matlamat serta mengikut prosedur sebenar dan betul.
  • Selain itu rakan strategik Farm Fresh, Tetra Pak Malaysia membantu menyediakan bahan-bahan pendidikan berkaitan program kitar semula serta pelbagai program kesedaran melibatkan kelestarian alam serta penggunaan semula kotak-kotak susu sekolah yang dibekalkan.
  • Farm Fresh berhajat dan ingin menarik lebih banyak pihak swasta dan NGO untuk bersama-sama membantu dan membuka lebih banyak pusat multidimensi dibuka di seluruh negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp