Mohammad Hairey kongsi tangkap layar perbualan di Whatsapp bersama arwah Azri sebelum insiden terjatuh ke Sungai Pahang pada Sabtu.
Mohammad Hairey kongsi tangkap layar perbualan di Whatsapp bersama arwah Azri sebelum insiden terjatuh ke Sungai Pahang pada Sabtu.

‘Impian hendak jadi askar, tetapi itu semua hanya sebuah mimpi’ - Arwah Azri Fahmi

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Jan 2025 01:00pm

“Bayangkan kita masuk Maktab Tentera Diraja (MTD), bila keluar jadi askar, kerja sama-sama, dapat banggakan dan bawa mak ayah pergi umrah. Tetapi, itu semua hanya sebuah mimpi.”

Demikian luahan Allahyarham Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, sehari sebelum kejadian tergelincir ketika cuba naik ke rumah rakit di tepi Sungai Pahang, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

Allahyarham berkata seperti itu menerusi perbualan bersama rakannya, Mohammad Hairey Afkar Uzir Al-Helmi, 14, menerusi aplikasi Whatsapp sekitar jam 12.03 pagi sebelum insiden menyayat hati terbabit.

Apabila menerima mesej ketika itu, Mohammad Hairey Afkar menjawab secara tidak acuh kerana baginya perjalanan untuk memasuki sekolah berasaskan ketenteraan berkenaan masih panjang.

“Bila dia mesej saya ajak masuk MTD, hendak jadi askar, banggakan mak ayah dan bawa mereka ke umrah itu saya cuma jawab perjalanan kita masih panjang.

“Tetapi, saya terharu sebab arwah tak lupakan saya dan nak berjaya sama-sama dengan saya.

“Saya sebenarnya rasa sedih bila dia cakap macam itu,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Sinar Bestari menerusi aplikasi TikTok pada Selasa.

Mohammad Hairey turut memaklumkan Allahyarham seorang murid yang baik dan rajin di sekolah serta sangat disenangi oleh guru-guru.

Manakan tidak, sifat peramah dan suka tersenyum Allahyarham membuatkan semua orang rasa gembira apabila dekat dengannya.

Artikel Berkaitan:


Mohammad Hairey juga berkata, sahabat baiknya itu tidak pernah bosan atau lelah mengingatkan rakan-rakan untuk solat lima waktu sehari.

“Arwah tidak pernah lupa untuk nasihatkan saya dan kawan-kawan supaya solat penuh lima waktu,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp