Nur Fakhira Dania merupakan pelajar cemerlang dan kehilangannya dikatakan dipengaruhi oleh seseorang.
Nur Fakhira Dania merupakan pelajar cemerlang dan kehilangannya dikatakan dipengaruhi oleh seseorang.

Pelajar SMK Sri Perdana hilang! 'Tolong pulangkan anak saya...'

19 Feb 2025 11:52am

Pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana, Kluang, Johor, Nur Fakhira Dania Zahir, 14, dilaporkan masih belum pulang sejak keluar dari rumah pada 12 Februari lalu.

Menurut ibunya, Norita Kasmin, 47, anaknya itu merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan kehilangannya dikatakan dipengaruhi oleh seseorang.

"Saya merayu agar anak kelima daripada enam beradik ditemui dengan segera.

"Pulangkanlah anak saya...dia masih remaja dan perlu belajar demi masa hadapannya," rintihnya.

Norita berkata, Nur Fakhira Dania seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakap orang tua.

Dia sentiasa mematuhi arahan termasuk untuk tidak memiliki telefon bimbit ketika masih bersekolah.

"Kepada orang (menaiki kereta Perodua MyVi berwarna hitam) yang membawa anak saya, mohon pulangkan dengan baik kerana dia perlu meneruskan pembelajaran sehingga tamat Tingkatan lima.

"Jika tidak mahu menghantar secara terang-terangan, buatlah seperti ketika kamu mengambilnya tempoh hari, jangan rosakkan masa hadapan dia," ujar Norita.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Fakhira Dania, boleh menghubungi pihak keluarga di talian: 017-709 0486 (bapa).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp