Peserta Perkampungan Bahasa Bitara dari PPD Petaling Perdana bersama sebahagian tetamu jemputan setelah berakhirnya program tersebut di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.
Peserta Perkampungan Bahasa Bitara dari PPD Petaling Perdana bersama sebahagian tetamu jemputan setelah berakhirnya program tersebut di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Perkampungan Bahasa Bitara bantu calon SPM

Mereka perlu cemerlang Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM

ROSHLAWATY MD RAIEH
23 Oct 2023 10:20am
A
A
A

Perkampungan Bahasa Bitara dilaksanakan di bawah inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM 2013-2025).

Program ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan menyokong teras keempat daripada tujuh teras utama KPM iaitu keciciran pendidikan, masalah literasi dan merapatkan kesenjangan pendidikan.

Perkampungan Bahasa Bitara menekankan konsep pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik darjah dan melibatkan kumpulan pelajar Tingkatan Lima dari sekolah-sekolah KPM.

Bagi melaksanakan program berkenaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana menganjurkan Perkampungan Bahasa Bitara yang dikelolakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada Isnin.

No Image Caption

Perkampungan yang disertai 60 pelajar Tingkatan Lima dari 14 buah sekolah di bawah PPD tersebut terdiri dari SMK TTDI Jaya, SMK Seksyen 27, SMK Subang, SMK Seksyen 24 (2), SMK USJ 13, SMK Subang Bestari dan SMK Taman Sri Muda.

Seterusnya SMK Seksyen 11, SMK Setia Alam, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SMK Seksyen 16, SMK Bandar Sunway, SMK Alam Megah dan SMK USJ 8.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian Ummi Sham banyak membantu calon SPM untuk skor dalam Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM nanti.
Perkongsian Ummi Sham banyak membantu calon SPM untuk skor dalam Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM nanti.



Penyelaras Program yang juga Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMK TTDI Jaya, Cikgu Noorazlina Mohd Ali berkata, peserta merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bakal menduduki Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Mendengar bagi subjek Bahasa Melayu (BM) tidak lama lagi.

“ Berbanding peperiksaan bertulis, ujian lisan memerlukan keyakinan diri dan juga kefahaman isu bagi membolehkan pelajar lulus dengan cemerlang.

“Oleh itu, penganjuran Perkampungan Bahasa Bitara ini bertepatan dalam membantu semua calon skor dengan baik untuk subjek BM.

“Untuk perkampungan ini, kita menjemput mantan Pustakawan Kanak-Kanak Perpustakaan Negara, Samsul Khamariah Hamzah (Ummi Sham) untuk berkongsi segala ilmu pengetahuan yang ada kepada para peserta,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

Cikgu Noorazlina berkata, program berilmu itu mengetengahkan aktiviti teater pembaca dan beberapa slot menarik kepada calon-calon SPM seperti slot Mengorak Langkah dan Jejak Langkah.

No Image Caption

Ketengah aktiviti forum

Sementara itu, Perkampungan Bahasa Bitara bagi PPD Petaling Utama pada Khamis, disertai 48 pelajar Tingkatan Lima dari 10 buah sekolah kendalian PPD berkenaan.

Program yang dikelolakan SMK Tropicana itu telah mengetengahkan aktiviti forum dengan tajuk Cuti-Cuti Malaysia kepada semua peserta.


Calon-calon SPM dari sekolah sekitar PPD Petaling Utama mengikuti aktiviti forum bersama rakan-rakan.
Calon-calon SPM dari sekolah sekitar PPD Petaling Utama mengikuti aktiviti forum bersama rakan-rakan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Sekolah Pengelola, merangkap Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMK Tropicana, Cikgu Shahriah Muhammad Said, program berobjektif membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam ujian lisan BM SPM; menyediakan peluang kepada mereka dalam aktiviti lisan BM secara bersasar dan meningkatkan keseronokan aktiviti kebahasaan di luar bilik darjah.

“Kita menyediakan tiga slot iaitu pengenalan tayangan video berkaitan forum; perbincangan kumpulan dan aktiviti latih amal berkumpulan (latihan forum mengikut kumpulan). Segala input yang diberikan penting kepada peserta sebagai persediaan menduduki Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Mendengar BM.

“Jadi saya berharap, semua pelajar dapat menggunakan apa yang mereka perolehi ini untuk mendapat markah tinggi dalam ujian lisan tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, 10 buah sekolah menengah dari PPD Petaling Utama menyertai Perkampungan Bahasa Bitara iaitu SMK Tropicana, SMK Sri Utama, SMK Kelana Jaya, SMK Taman Sea, SMK Damansara Damai 1, SMK Sri Damansara Damai 2, SMK Lembah Subang, SMK Bandar Utama Damansara 2, SMK Sri Permata dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption



Barisan peserta, guru dan tetamu jemputan dalam Perkampungan Bahasa Bitara PPD Petaling Utama di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.
Barisan peserta, guru dan tetamu jemputan dalam Perkampungan Bahasa Bitara PPD Petaling Utama di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok