Ahmad Azri (kiri), Qaseh Rania dan Ahmad Solihin (kanan) bergambar bersama sebagai kenangan selepas pemeteraian kontrak duta GMI di Bangi, Selangor baru-baru ini.
Ahmad Azri (kiri), Qaseh Rania dan Ahmad Solihin (kanan) bergambar bersama sebagai kenangan selepas pemeteraian kontrak duta GMI di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Qaseh Rania belajar bahasa Jerman di GMI

Teruja dilantik sebagai duta institusi pendidikan itu

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Apr 2025 12:15pm

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum berangkat ke Jerman, namun bersediakah anak gadis ini untuk terus menetap di negara Eropah?

Biarpun teruja, Qaseh Rania Khairul Najib perlu mempelajari beberapa perkara khususnya bahasa supaya tidak berasa asing.

Menyedari keperluan untuk mempelajari bahasa Jerman, Ketua Pegawai Eksekutif German Malaysia Institute (GMI), Ahmad Solihin Mohamed Yusof memberikan pembelajaran khusus bahasa Jerman sebagai pemudah cara untuk mengembangkan karier.

Qaseh Rania perlu mengikuti kelas bahasa Jerman di bawah anjuran GMI bagi memudahkannya nanti.

"Bahasa Jerman bukan mudah tetapi kalau ada guru yang baik, belajar akan jadi seronok. Saya suka belajar bahasa ini kerana ia membantu untuk berkomunikasi dengan lebih baik nanti.

 FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Memang sedih untuk tinggalkan Malaysia, tetapi ini adalah untuk masa depan. Saya percaya dengan peluang di Wolfsburg, diri ini boleh mengembangkan lagi potensi dan suatu hari nanti kembali dengan kejayaan yang membanggakan," katanya.

Selain mempelajari bahasa, Qaseh Rania turut memberi tumpuan kepada latihan kecergasan, kekuatan fizikal dan ketangkasan.

Artikel Berkaitan:

Sebagai pemain yang sebelum ini beraksi di posisi penyerang, Qaseh Rania kini sedang membiasakan diri sebagai pemain tengah, posisi yang akan dipegangnya di Wolfsburg.

Dalam pada itu, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor, Ahmad Azri Zainal Nor, menegaskan bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor terus komited dalam memastikan perjalanan Qaseh Rania ke VfL Wolfsburg Women U-17 dipermudahkan.

 FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"MBI bukan sahaja memainkan peranan penting dalam bola sepak Selangor, malah turut membantu pembangunan bola sepak wanita di Malaysia melalui kerjasama dengan kelab gergasi Jerman itu.

"MBI Selangor bukanlah pemain baharu dalam pembangunan bola sepak tempatan, malah sudah lama menjadi penaja utama pasukan Selangor FC dan menyokong pelbagai kejohanan bola sepak peringkat akar umbi di negeri itu," katanya.

Antara kejayaan Qaseh Rania

1) Anugerah Pemain Paling Bernilai kategori Akar Umbi Wanita di Futsal Akademi pada 2020.

2) Anugerah Pemain Terbaik Bawah 14 Tahun Wanita di Laliga Kejohanan Belia 2021.

3) Anugerah Pemain Terbaik Kategori Wanita Bawah 14 tahun, Bola Sepak Akademi 2021.

4) Anugerah Pemain Paling Bernilai Wanita Bawah 14 tahun di Akademi Bola Sepak 2021.

5) Anugerah Pemain Muda Terbaik dalam Liga Super Wanita FAS 2023, Malaysia. Disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

6) Pemain Termuda dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita GSL Kuala Lumpur 2021.

7) Pemain Termuda yang menjaringkan gol di Kejohanan FA-Liga Super Wanita 2023.

8) Johan Kategori Perempuan Bawah 14 Tahun di Kejohanan Bola Sepak Belia LaLiga 2021 di Kuala Lumpur.

9) Juara Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita GSL 2021 di Kuala Lumpur.

10) Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pada Kejohanan Bola Sepak Liga Belia KV 2023 di Selangor.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp