No Image Caption

Qaseh Rania tempa nama di bumi Jerman

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Apr 2025 11:39am

Siapa sangka, tendangan kecil di padang ketika riadah akhirnya membawa Qaseh Rania Khairul Najib ke bumi Jerman, negara yang terkenal dengan kehebatan sukan bola sepak.

Bintang muda itu kini lebih bersedia untuk melakar sejarah baharu selepas menerima tawaran ke skuad B-17 tahun VfL Wolfsburg Women, antara kelab terkenal di dunia.

Bukan mudah untuk gadis 15 tahun ini berjaya sampai ke peringkat berkenaan, namun latihan demi latihan, jatuh dan bangkit menjadi saksi bagi mencapai tahap tertinggi dalam sukan yang didominasi golongan lelaki.

Sinar Bestari berjaya mendapatkan pemain lincah ini untuk berkongsi inspirasi kepada ramai pelajar khasnya remaja perempuan yang bercita-cita sama seperti Qaseh Rania.

Jom kita cungkil lebih lagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp