Pasukan SMA Maahad Al-Mizan meraikan kejayaan penyertaan mereka dalam KESSUMA Peringkat Kebangsaan ke-24 Tahun 2025.
Pasukan SMA Maahad Al-Mizan meraikan kejayaan penyertaan mereka dalam KESSUMA Peringkat Kebangsaan ke-24 Tahun 2025.

SMA Maahad Al-Mizan hantar 11 atlet sertai KESSUMA Kebangsaan 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
30 Sep 2025 02:29pm

Kejayaan membanggakan dicatat oleh Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al-Mizan, Perak apabila berjaya menghantar 11 atlet bagi menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan ke-24 Tahun 2025 di Langkawi, Kedah.

Difahamkan, atlet sekolah itu mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan utama termasuk bola tampar lelaki dan perempuan, ping pong, sepak takraw serta badminton sekali gus mengangkat nama sekolah dan negeri Perak di pentas kebangsaan.

Menurut guru pengiring merangkap jurulatih bola tampar Perak, Cikgu Mohamad Fikri Mat Yusof, pencapaian tersebut membuktikan bahawa pelajar SMA Maahad Al-Mizan bukan sahaja mampu cemerlang dalam bidang akademik, malah berdaya saing dalam arena sukan.

No Image Caption

"Saya berpegang dengan prinsip ‘akademik nombor satu dan sukan bukan nombor dua’.

"Ini bermakna pelajar perlu menguasai akademik, tetapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan sukan yang boleh membantu mereka mengembangkan potensi diri, bahkan melanjutkan pelajaran ke universiti melalui laluan kokurikulum,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sementara itu, Cikgu Mohamad Fikri berkata, pemilihan 11 atlet ke KESSUMA 2025 adalah hasil daripada lima faktor utama yang menjadi tunjang kekuatan SMA Maahad Al-Mizan dalam bidang sukan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Antaranya ialah gabungan latihan sistematik dan berterusan, usaha melahirkan pelapis setiap tahun dan, bimbingan jurulatih berpengalaman.

"Juga disiplin tinggi dalam kalangan atlet dan sokongan padu daripada pentadbir serta guru yang sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih," jelasnya lagi.

INFO

  • Kontinjen Perak dinobatkan tempat ketiga keseluruhan dalam KESSUMA Peringkat Kebangsaan ke-24 Tahun 2025 dengan pungutan pingat satu emas (bola jaring), tiga perak (badminton lelaki dan perempuan, pingpong lelaki) dan tiga gangsa (sepak takraw, bola tampar lelaki dan perempuan).
  • Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak atas kejayaan ini.

 

Ringkasan AI

  • Kejayaan SMA Maahad Al-Mizan di Perak menghantar 11 atlet ke KESSUMA 2025 di Langkawi, Kedah
  • Atlet sekolah itu mengambil bahagian dalam acara bola tampar, ping pong, sepak takraw dan badminton
  • Guru pengiring menyatakan pencapaian membuktikan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan dan akademik
  • Prinsip akademik utama disertai pemfokusan pada sukan untuk pembangunan potensi pelajar
  • Pemilihan atlet berdasarkan latihan sistematik, pelapis tahunan, bimbingan jurulatih berpengalaman, disiplin atlet, dan sokongan pentadbir
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp