Pasukan e-Sport SMK Kota Kemuning muncul juara Selangor Future Cup 2025 dan meraih pelbagai hadiah menerusi kemenangan itu.
Pasukan e-Sport SMK Kota Kemuning muncul juara Selangor Future Cup 2025 dan meraih pelbagai hadiah menerusi kemenangan itu.

SMK Kota Kemuning bawa pulang berlian RM20,000 dan biasiswa penuh RM160,000

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Feb 2025 05:15pm

Pasukan e-Sport Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor menjuarai Selangor Future Cup 2025 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pada Ahad.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berlian bernilai RM20,000 dan biasiswa penuh RM160,000 bagi Diploma Kemahiran Malaysia tajaan Todak, menurut Media Rasmi SMK Kota Kemuning.

Sekolah ini juga memenangi RM30,000 untuk pembangunan hab e-sukan, trofi, pingat dan barangan eksklusif daripada Selangor Red Giants (SRG) dan Todak.

Pemain SMK Kota Kemuning terdiri daripada lima individu hebat dalam sukan e-Sport.

Pelajar-pelajar berkenaan ialah Wong Kae Juen, 17; Muhammad Fariez Arsyad Zuriadi, 16; Muhammad Imran Muhamad Aswad, 16; Anantha Raj Kumar, 16 dan S Phiraphad, 17 dengan bimbingan jurulatih, Adib Sulaiman Mohd Mulyadi, 17.

No Image Caption

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Kota Kemuning atas kejayaan merangkul kejohanan sulung Selangor Future Cup 2025 MLBB.

Malah katanya, kemenangan itu turut memberi peluang kepada pemenang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Untuk info, Selangor Future Cup 2025 Kejohanan MLBB yang dianjurkan kerajaan negeri disertai 64 buah sekolah dan berlangsung selama dua hari di pusat beli-belah AEON Shah Alam.

No Image Caption

SMK Saujana Utama diumum sebagai naib juara dalam pertandingan itu. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.

Manakala SMK Seksyen 19 (tempat ketiga) dan SMK Bandar Sunway (tempat keempat), masing-masing memperoleh RM1,000, trofi dan barangan eksklusif SRG dan Todak.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp