SMK Meru mengakhiri  penantian sejak 2015 untuk menjulang kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 selepas menjinakkan SMK Dato' Harun dalam perlawanan akhir di Arena MBSJ.
SMK Meru mengakhiri penantian sejak 2015 untuk menjulang kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 selepas menjinakkan SMK Dato' Harun dalam perlawanan akhir di Arena MBSJ.

SMK Meru juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023

ZURAIMEE ZAINAL
15 Nov 2023 05:18pm
A
A
A

Fokus diikuti disiplin tinggi dalam kalangan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru merupakan dua faktor membolehkan pasukan dari Klang, Selangor itu merangkul kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) 2023.

Malah pengendali SMK Meru, Muhammad Nazreen Na'im Mohd Zahari juga gembira apabila persediaan fizikal dan mental anak-anak buahnya dijelmakan dengan menewaskan pasukan pilihan kejohanan dari Tanjung Karang, Selangor itu.

No Image Caption

“Secara mental dan fizikalnya, pasukan kami telah bersedia dengan sebaiknya walaupun pihak lawan telah tiga kali berada di pentas perlawanan akhir sebelum ini.

“Alhamdulillah, fokus dan disiplin tinggi yang diterapkan kepada pemain-pemain membuahkan hasil pada final kali ini. Selain itu, pengalaman menyertai kejohanan luar juga sedikit sebanyak mengurangkan gemuruh dan memberi ketenangan kepada pemain-pemain sepanjang perlawanan akhir,” katanya kepada Sukan Sinar.

Muhammad Nazreen
Muhammad Nazreen

Anak buah Muhammad Nazreen Na'im merangkul kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 selepas menewaskan SMK Dato' Harun, 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-duanya terikat 1-1 dalam perlawanan akhir di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 6 November lalu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut persediaan mempertahankan kejuaraan edisi 2024, Muhammad Nazreen Na'im berkata, cabaran setiap pasukan bergelar juara semestinya untuk mempertahankan kejuaraan tahun ini.

“Jadi kami akan berusaha membentuk pasukan dari pelbagai aspek bermula pada awal tahun 2024. Gabungan para pemain lama dan baharu akan memperkuatkan lagi cabaran pasukan SMK Meru pada 2024,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Nazreen Na'im dan barisan pemain berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan hingga membolehkan pasukan mencipta sejarah menjulang kejuaraan trofi B-18 tahun buat kali pertama.


Jawatankuasa penganjur bersama pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Meru.
Jawatankuasa penganjur bersama pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Meru.

“Terima kasih juga kepada Pengetua Cemerlang SMK Meru, Siti Dinar Hamid dan barisan pentadbiran sekolah serta barisan jurulatih Mat Hassan Mat Rofi, Sabri Jaafar, Mohamed Faniezat Mat Rani, Azhar Nordin dan Sukri Ibrahim selaku pengurus pasukan.

“Kejuaraan diraih SMK Meru ini kejayaan bersama para guru, ibu bapa pelajar, penaja dan warga Klang yang sentiasa di belakang para pemain selama ini. Ini merupakan kejuaraan kali pertama SMK Meru bagi kategori B-18 tahun sejak menyertai pada 2015 dan tahun ini merupakan tahun ketujuh kejohanan.

Ketua Pegawai Eksekutif KPS Berhad, Ahmad Fariz Hassan menyampaikan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 kepada pemain SMK Meru selepas perlawanan akhir di Arena MBSJ.
Ketua Pegawai Eksekutif KPS Berhad, Ahmad Fariz Hassan menyampaikan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 kepada pemain SMK Meru selepas perlawanan akhir di Arena MBSJ.

“Sebelum ini skuad B-15 merangkul kejuaraan pada edisi pertama pada 2018, diikuti trofi Sumbangsih pada 2020,” katanya.

Pemain SMK Dato' Harun berusaha melepasi kawalan pemain SMK Meru.
Pemain SMK Dato' Harun berusaha melepasi kawalan pemain SMK Meru.

Tabik karakter melawan SMK Dato' Harun

SMK Dato' Harun, disifatkan mempamerkan prestasi membanggakan dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023, apabila pasukan dari Tanjung Karang itu bermula langkah kanan dengan merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih dalam aksi pembuka tirai kejohanan.

Namun hasrat anak buah Mohd Zulfadli Mohamad Ali, untuk merangkul kejuaraan berganda kejohanan yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad tidak kesampaian apabila dijinakkan SMK Meru dalam perlawanan akhir.

Mohd Zulfadli
Mohd Zulfadli

“Kami bermain lebih baik, malah lebih banyak melakukan percubaan tepat berbanding pasukan lawan. Namun faktor hujan selain permukaan padang kurang baik ternyata menjejaskan rentak permainan pasukan SMK Dato' Harun.

“Separuh masa kedua kami melakukan taktikal twist akhirnya berjaya bangkit, tapi masih belum cukup. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan komitmen dan disiplin pemain-pemain.

“Malah banyak peningkatan dipamerkan pemain-pemain sepanjang kejohanan kali ini, saya doakan pemain-pemain berjaya pada masa depan,” kata Mohd Zulfadli.


Jawatankuasa penganjur kejohanan bergambar bersama pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Dato' Harun.
Jawatankuasa penganjur kejohanan bergambar bersama pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Dato' Harun.



Pemain SMK Dato' Harun melakukan tandukan ke arah pintu gol SMK Meru dalam perlawanan akhir berkenaan.
Pemain SMK Dato' Harun melakukan tandukan ke arah pintu gol SMK Meru dalam perlawanan akhir berkenaan.



'Ultras' SMK Meru menghangatkan suasana perlawanan akhir tersebut.
'Ultras' SMK Meru menghangatkan suasana perlawanan akhir tersebut.



'Ultras' SMK Dato’ Harun juga hadir memberi sokongan kepada komrad mereka dalam perlawanan akhir. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
'Ultras' SMK Dato’ Harun juga hadir memberi sokongan kepada komrad mereka dalam perlawanan akhir. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH



Kredit foto: Sinar Harian/Mohd Rafiq Redzuan Hamzah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok