Sesi saringan Sinar Bestari Got Talent.
Sesi saringan Sinar Bestari Got Talent.

SMK Sultan Abdul Aziz Shah teruja tonjol bakat seni

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
03 Apr 2023 12:37pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (Integ), Kajang, Selangor, bakal menonjolkan bakat seni dalam Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Guru Perpustakaan dan Media, SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integ), Ramlah Md Zain berkata, penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari mampu menjadi platform menggilap bakat pelajar-pelajar.

Beliau menambah, ia berikutan karnival tersebut menawarkan pelbagai aktiviti dan pertandingan kepada para pelajar serta mahasiswa.

“Kami tidak terkecuali akan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan pada bulan Mei depan.

“Sehingga hari ini, kita telah mengumpulkan sebanyak lapan penyertaan dalam kategori Sinar Bestari Got Talent manakala satu pasukan bakal berentap dalam kategori Tarian SMK,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (Integ), Kajang, Selangor bakal menyertai Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (Integ), Kajang, Selangor bakal menyertai Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Beliau menjelaskan, sekolah menjangkakan penyertaan akan bertambah dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai persiapan peserta-peserta, Ramlah menambah, dia tidak terlalu bimbang mengenai persembahan individu, Sinar Bestari Got Talent.

Artikel Berkaitan:

Tuturnya lagi, peserta menjalani latihan secara individu di rumah tetapi akan dipantau dengan kaedah penggunaan video.

“Selain itu, kita juga akan memastikan mereka memiliki kualiti dalam menyertai sesuatu pertandingan dengan menjalankan saringan terlebih dahulu.

“Bagi pasukan tarian pula, sekolah mencari pendekatan terbaik agar mereka dapat menjalani latihan terutama pada bulan Ramadan ini” ujar beliau.

Ramlah
Ramlah

Katanya, pasukan tersebut terdiri daripada lapan pelajar akan menjalani latihan selama satu jam sepanjang bulan Ramadan ini selepas perbincangan diadakan bersama mereka.

Beliau menambah, latihan berkenaan bakal diadakan di kawasan sesuai dan tertutup malah akan mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk memastikan keselesaan pelajar-pelajar.

“Penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan sesuatu yang bagus kerana dapat menggilap bakat pelajar-pelajar.

“Ia turut menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat mendidik para pelajar serta khalayak umum,” katanya.

No Image Caption

Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Mei depan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan dikir barat dari kalangan pelajar, pertandingan kawad kaki, koir, pancaragam, tarian, e-Sukan dan bola keranjang.

•Karnival bertemakan pendidikan yang julung kali diadakan itu turut menganjurkan pameran digital, skil dan kerjaya; perkongsian kerjaya; uji bakat TV PSS; pemeriksaan kesihatan percuma dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh imbas kod QR yang tertera di muka surat 19 atau hubungi 019-2133315 atau 019-2329032.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok