Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan. Foto: Facebook (BBBC) Bandar Baru Bangi Community 
Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan. Foto: Facebook (BBBC) Bandar Baru Bangi Community 

Stor peralatan sukan SMK Jalan 3 Bangi terbakar

14 Nov 2025 09:43am

Sebuah stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi, Selangor musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan. Bangunan itu didapati terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. 

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah stor peralatan sukan di SMK Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran pagi ini
  • Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi dan 16 anggota bersama empat jentera digerakkan
  • Bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi terbakar 100 peratus
  • Api berjaya dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp