SMK Merbau tampil dengan langkah proaktif apabila memperkenalkan penggunaan alat pengesan logam bagi memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa berada pada tahap tertinggi. Foto: Facebook SMK Merbau
SMK Merbau tampil dengan langkah proaktif apabila memperkenalkan penggunaan alat pengesan logam bagi memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa berada pada tahap tertinggi. Foto: Facebook SMK Merbau

'Terbaik SMK Merbau!' - Netizen puji inisiatif guna alat pengesan logam di sekolah

23 Oct 2025 05:30pm

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pelbagai insiden tidak diingini yang berlaku di sekolah, sekali gus menimbulkan kebimbangan dan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.

Susulan situasi itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri, Sarawak tampil dengan langkah proaktif apabila memperkenalkan penggunaan alat pengesan logam (metal detector) di pintu masuk sekolah bagi memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Menariknya, alat pengesan logam tersebut bukan sahaja digunakan di pintu masuk, malah turut digunakan semasa pemeriksaan mengejut di bilik darjah bagi mengesan sebarang barangan larangan atau berbahaya yang dibawa oleh pelajar.

Foto: Facebook SMK Merbau
Foto: Facebook SMK Merbau

Menerusi hantaran di Facebook rasmi sekolah, pihak pengurusan memaklumkan bahawa inisiatif keselamatan ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2024.

"Usaha tersebut bertujuan mendidik pelajar agar lebih berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah serta menghargai kepentingan keselamatan diri dan rakan-rakan.

"Semoga usaha berterusan ini dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, harmoni dan berdisiplin," jelas pihak SMK Merbau menerusi hantaran di platform berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Foto: Facebook SMK Merbau
Foto: Facebook SMK Merbau

Sementara itu, inisiatif tersebut nyata mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang menyifatkan tindakan SMK Merbau sebagai langkah ke hadapan dalam memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Antara komen warga maya yang dipetik Sinar Bestari daripada hantaran Facebook sekolah:

Uring Li-Su: Good job. Tahniah warga SMK Merbau yang bertindak pantas. Harus dilaksanakan di semua sekolah untuk keselamatan warganya. 

Jessie Uring Uchat: Tahniah. Sangat bagus!

Jelor Jisuk: Memang sudah ada sejak 2024. Hanya digunakan semasa membuat pemeriksaan mengejut oleh pengawas dan guru disiplin. Harap kemudahan ini digunakan semaximum mungkin untuk keselamatan pelajar. Tahniah SMK Merbau kerana lebih ke depan dalam aspek keselamatan pelajar.

Foto: Facebook SMK Merbau
Foto: Facebook SMK Merbau

Evabell Anabel: Memang terbaiklah SMK Merbau. Harap seluruh Sarawak termasuk sekolah semenanjung buat spot-check macam tu.

Dame Rose: Terbaik. Laju bertindak.

 

 

Ringkasan AI

  • Baru-baru ini, pelbagai insiden tidak diingini berlaku di sekolah yang menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat
  • SMK Merbau, Miri, Sarawak memperkenalkan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk sekolah untuk meningkatkan keselamatan
  • Alat pengesan logam juga digunakan bagi pemeriksaan mengejut di bilik darjah
  • Inisiatif keselamatan ini bermula sejak tahun 2024 dengan tujuan mendidik pelajar berdisiplin dan mematuhi peraturan
  • Inisiatif tersebut mendapat reaksi positif daripada orang ramai, dianggap sebagai langkah maju dalam memastikan keselamatan pelajar
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp