Sultan Nazrin berkenan melawat galeri dan ruang pameran yang disediakan pelajar SBPI Gopeng.
Sultan Nazrin berkenan melawat galeri dan ruang pameran yang disediakan pelajar SBPI Gopeng.

Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng

27 Jun 2024 02:21pm
A
A
A

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, Perak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Pembinaan sekolah itu bermula pada 13 November 2000 dengan kos pembinaan berjumlah RM30.4 juta.

Sultan Nazrin berkenan menandatangani plak simbolik merasmikan SBPI Gopeng.
Sultan Nazrin berkenan menandatangani plak simbolik merasmikan SBPI Gopeng.

Fadhlina dalam ucapannya berkata, SBPI Gopeng ialah antara 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang telah dinaik taraf sebagai SBPI.

"Sekolah ini telah beroperasi secara pentadbiran pada Disember 2002 dan pada 17 Februari 2003, ia telah menerima murid sulung yang terdiri daripada 89 murid tingkatan satu dan 81 murid tingkatan empat dengan kekuatan 10 guru," katanya.

Beliau berkata pada tahun ini, enrolmen pelajar di sekolah itu berjumlah 590 orang dengan bimbingan 55 guru dan 16 staf sokongan.

Fadhlina berkata sepanjang 21 tahun operasi sekolah berkenaan, pelbagai pencapaian telah dirangkul dalam aspek akademik, kokurikulum serta sukan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok