SUTAMA terus lakar kejayaan, dinobatkan johan Program Kecemerlangan Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Nov 2023 04:02pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama (SUTAMA), Selangor sekali lagi melakar satu kejayaan baru apabila dinobatkan johan keseluruhan sekali gus membawa pulang wang tunai RM4,000 pada Program Kecemerlangan Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang bersama Gardenia Breakthru 2023.

Kejayaan itu diperoleh apabila sekolah tersebut berjaya menghasilkan dan menyunting video yang menambat hati juri mengikut tema iaitu Kisah Kejayaan-Mengatasi Setiap Halangan sekali gus turut menerima Anugerah Video Paling Kreatif.

Pengetuanya, Noor Hayati Embong berkata, kejuaraan yang dirangkul adalah dengan komitmen tinggi ditunjukkan dalam kalangan pentadbir, guru, pelajar serta sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Malah, nilai kerja sepasukan yang sememangnya telah dibudayakan oleh warga sekolah dalam apa jua aktiviti telah mencetuskan pelbagai idea dan inovatif bagi merealisasikan hasrat merebut gelaran juara pertandingan berkenaan.

“Kejayaan ini bukan hasil kerja seorang tetapi melibatkan kerja keras seramai 226 guru dan 4,120 pelajar SUTAMA.

“Hasil daripada kerja sepasukan yang padu ini juga telah mencetuskan pengalaman bermakna dan menyeronokkan buat warga sekolah selain turut meningkatkan jati diri pelajar dalam usaha mengharumkan nama sekolah dan negara,” ujarnya.

Program berkonsepkan pertandingan anjuran Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd baru-baru ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 55 buah sekolah seluruh negara.

Ia diadakan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi seimbang serta mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat bersama-sama Gardenia Breakthru SMKSU iaitu satu ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan bersempena pertandingan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kata Cikgu Noor Hayati, pemahaman tentang perlunya nutrisi seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan warga sekolah serta kaitannya dengan kejayaan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah telah disebarluaskan kepada para pelajar dalam pelbagai program dan di media sosial.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Gardenia Breakthrough atas penganjuran program yang berimpak ini,” tuturnya.

Terdahulu, antara program yang berjaya dilaksanakan oleh Gardenia Breakthru SMKSU sepanjang tempoh pertandingan adalah Program Jalinan Sihat Gardenia Breakthru SMKSU bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama; Cabaran Mendaki Bukit Botak bersama Squad Gardenia; Program Keeperku Zoo Negara (kerja amal pembersihan kandang di zoo negara) dan Pertandingan Kelas Hashtag Tertinggi Peringkat Sekolah yang diadakan setiap minggu bagi menggalakkan murid menyumbangkan #BREAKTHRUSMKS

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok