Sebahagian peserta cilik Kolokium Prasekolah (Prawawasan) - KMR TS25 Sesi 2022/2023 menimba pelbagai pengalaman berharga menerusi pertandingan ini.
Sebahagian peserta cilik Kolokium Prasekolah (Prawawasan) - KMR TS25 Sesi 2022/2023 menimba pelbagai pengalaman berharga menerusi pertandingan ini.

Kolokium Prasekolah cungkil kreativiti murid SK Pelangai

ROSHLAWATY MD RAIEH
08 Feb 2023 11:30am
A
A
A

Seramai 27 murid prasekolah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai, Negeri Sembilan menyertai Pertandingan Kolokium Prasekolah (Prawawasan) - Kemahiran melalui reka bentuk (KMR) Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Sesi 2022/2023, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan prasekolah itu bertujuan mencungkil bakat cilik murid-murid dalam mempersembahkan projek, eksperimen atau reka cipta melalui daya kreatif yang ditonjolkan melalui ciptaan masing-masing.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada para peserta membina keyakinan diri, kreatif dan berani menghasilkan ciptaan baharu berkonsepkan Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM).

Menurut Pengarah Pertandingan, Cikgu Yusmizul Idzhan Yusoff, Kolokium Prasekolah (Prawawasan) - KMR TS25 Sesi 2022/2023 yang bermula dari 9 pagi hingga 12 tengahari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada semua peserta.

“Antaranya adalah penghasilan projek STEAM @ Rekabentuk dan Teknologi di mana murid prasekolah akan meneroka secara dalam kumpulan sesuatu projek yang di pilih oleh mereka.

“Pendidikan STEAM ini lebih menekankan kreativiti dalam penyelesaian masalah atau sesuatu projek yang ingin dicuba.

“Mengikut pandangan sesetengah pakar, pendidikan STEAM itu lebih menyeluruh dan baik untuk prospek kerjaya pada masa akan datang,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Berkongsi mengenai manfaat program, Cikgu Yusmizul yang juga guru prasekolah berkata, pelbagai kebaikan yang diperoleh oleh kumpulan murid prasekolah menerusi penglibatan mereka dalam pertandingan tersebut.

“Mereka mampu menjadi murid yang kreatif dan inovatif apabila mencuba ciptaan baharu dan berani dalam menyampaikan pembentangan sesuatu projek atau eksperimen serta melahirkan peserta yang tidak gemuruh untuk bercakap di khalayak ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Guru Besar, Siti Marziah Mohd Yusoff memuji penganjuran program yang disifatkan bermaklumat dan sarat dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Menerusi Pertandingan Kolokium Prasekolah (Prawawasan) - KMR TS25, saya berharap ia dapat memberi cetusan motivasi, ilham dan perkongsian pengetahuan bermakna kepada semua peserta,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok