Anwar ketika berucap di Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia, UM. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Anwar ketika berucap di Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia, UM. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Lihat semula sistem prasekolah

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Jan 2024 04:55pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa melihat semula pelaksanaan sistem prasekolah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertujuan memastikan pendidikan prasekolah tidak melebar jurangnya antara kawasan pedalaman, desa dan kota.

Selain itu ujar beliau, Malaysia agak ketinggalan dalam soal menyediakan beberapa kemudahan termasuk kategori digital bagi prasekolah.

"Soal infra digital, soal kurikulum masa depan prasekolah, dalam semua kategori ini kita agak ketinggalan.

"Sebab itu saya gesa Menteri Pendidikan supaya lihat semula sistem prasekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia, di Universiti Malaya (UM), pada Isnin.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Pro-Canselor UM, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman.

Mengulas lanjut, Anwar turut menitipkan pesanan berhubung sistem prasekolah terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Dalam tempoh singkat ini, pastikan bahawa tahun ini (2024) kita sediakan kemudahan tambahan supaya prasekolah yang dikendali KPM diberikan kepada semua pelajar.

“Menerusi Belanjawan Madani 2024, bidang pendidikan mendapat peruntukan terbesar dan ia perlu bermula dengan asas,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok