No Image Caption

Akauntan bertauliah wajib genggam ACCA

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
14 Oct 2024 01:23pm

The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan sebuah program di bawah badan perakaunan professional antarabangsa yang mendapat pengiktifaran di 180 buah negara termasuk Malaysia.

Ia adalah kursus profesional yang mengandungi pembelajaran terkini seiring kehendak industri, selain menjadi laluan terbaik buat pelajar membina kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Bahkan ACCA memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau digelar Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) bagi mereka yang berjaya menamatkan kursus itu.

Jelaslah, ACCA ini laluan khusus buat pelajar yang berminat dalam bidang akaun dan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat profesional.

Tertarik untuk memberi pendedahan buat adik-adik di sekolah menengah, Sinar Bestari bawakan tema dan perkongsian khas kursus ACCA agar menjadi maklumat tambahan sekiranya berminat meneruskan pengajian dalam bidang ini.

Jom kita teroka!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp