No Image Caption

Hafiz muda, jiwa luar biasa!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
05 Jan 2026 11:45am

Dalam dunia pendidikan semakin pantas dan sarat dengan kegilaan digitalisasi, kewujudan pelajar tahfiz hadir sebagai penenang yang mendamaikan.

Mereka bukan sekadar menghafaz ayat demi ayat al-Quran, tetapi melalui satu proses panjang yang membentuk disiplin diri, ketenangan emosi serta kekuatan jati diri.

Baru-baru ini, dua pelajar tahfiz muda mencuri perhatian apabila masing-masing berjaya mencapai Syahadah Ula, pengiktirafan tertinggi dalam bacaan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Haryz Irfan Wan Azrizul Azad mencatat pencapaian membanggakan apabila menamatkan Syahadah Ula dengan markah keseluruhan 93.28 peratus, sekali gus membuktikan ketekunan luar biasa dalam perjalanan hafazan yang panjang dan mencabar.

Pencapaian itu disusuli Ahmad Fikri Abdul Hisyam, yang melakar rekod tersendiri apabila berjaya menamatkan Syahadah Ula dalam tempoh hanya 18 jam, satu kejayaan yang jarang disaksikan.

Ikuti kisah inspirasi yang bukan sekadar menyentuh jiwa tetapi membuka perspektif baharu tentang pendidikan holistik dan pembentukan jati diri generasi muda.

Jom kita!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dalam dunia pendidikan yang sarat dengan digitalisasi, pelajar tahfiz menjadi penenang
  • Pelajar tahfiz melalui proses panjang yang membentuk disiplin diri dan ketenangan emosi
  • Dua pelajar tahfiz muda berjaya mencapai Syahadah Ula, pengiktirafan tertinggi dalam hafazan al-Quran
  • Haryz Irfan Wan Azrizul Azad menamatkan Syahadah Ula dengan markah 93.28 peratus
  • Ahmad Fikri Abdul Hisyam menamatkan Syahadah Ula dalam masa 18 jam
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp