![No Image Caption](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2024/04/01/2597952.png)
Bantut merisikokan masa depan murid?
Kanak-kanak dikategorikan sebagai bantut apabila tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya mengikut usia.
Ia berdasarkan carta pertumbuhan panjang atau tinggi untuk usia seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Masalah bantut dalam kalangan murid sememangnya mencetuskan kebimbangan banyak pihak terutama ibu bapa yang sedang membantu mencorak masa depan anak-anak mereka.
Ia kerana kanak-kanak yang berdepan dengan bantut tumbesaran berisiko melarat sehingga ke generasi seterusnya jika tidak ditangani dengan serius.
Menarik untuk mengupas isu ini, Sinar Bestari cuba mendapat maklum balas daripada doktor pakar.
Jom kita lihat!