
Festival TV PSS: Bakat muda terserlah!
Festival TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) tahun ini menjadi medan bersejarah apabila beberapa buah sekolah tampil dengan penuh semangat dan menonjolkan kreativiti masing-masing.
Lebih menarik, ada sekolah yang pertama kali menyertai pertandingan ini, namun sudah berjaya menggondol beberapa kategori penting seperti anugerah pengacara, penyunting, pengarah dan video terbaik.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan pelajar dalam dunia penyiaran pendidikan, malah menyerlahkan kehebatan guru penyelaras yang sentiasa memberi sokongan tanpa mengenal penat lelah.
Lebih mengujakan lagi, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyempurnakan Majlis Kemuncak Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno, Subang Jaya.
Hari ini, Sinar Bestari berkongsi kemeriahan sepanjang majlis berlangsung.
Jom kita!
Ringkasan AI
- Festival TV Pusat Sumber Sekolah tahun ini menjadi medan bersejarah dengan kreativiti pelajar
- Sekolah pertama kali menyertai berjaya dalam kategori penting
- Kejayaan membuktikan keupayaan pelajar dan kehebatan guru penyelaras
- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sempurnakan Majlis Kemuncak
- Kemeriahan Festival TV PSS Sinar Bestari dikongsi hari ini