No Image Caption

Ilusi seni solekan kesan khas

26 Jun 2023 11:47am

Kerjaya jurusolek atau lebih popular dikenali sebagai Makeup Artist (MUA) menawarkan perkhidmatan solekan untuk majlis-majlis istimewa dan juga solekan kesan khas.

Hari ini jurusolek dilihat kerjaya berkemahiran tinggi yang semakin melebarkan sayap dalam pasaran industri kreatif dan turut dipelopori pelbagai golongan tanpa mengira jantina.

Kerjaya ini mempunyai skop yang luas dan tidak terhad kepada solekan sahaja ditambah lagi dengan adanya rangkaian lain dalam tawaran pekerjaan.

Ramai yang tidak menyedari bidang kerjaya ini mampu mengubah kehidupan seseorang serta berjaya mengembangkan lagi industri kreatif setanding dengan kerjaya lain di negara ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp