
Kuasa ChatGPT dalam dunia pembelajaran
Kemunculan platform kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT menyaksikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah bijak memanfaatkannya untuk tujuan pembelajaran.
Ini kerana tugasan menuntut ilmu menjadi lebih mudah, semua maklumat di hujung jari dan segalanya boleh dijana dalam sekelip mata dengan capaian Internet yang meluas. Di sebalik kemudahan ini, adakah pelajar benar-benar menimba ilmu atau sekadar bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu?
Penting untuk difahami sejauh mana ChatGPT menyumbang kepada kemajuan ilmu atau menjadi ruang selesa yang melemahkan daya usaha sendiri.
Pastikan adik-adik bersama Sinar Bestari untuk mengetahui kupasan tentang sejauh manakah platform ini membantu pendidikan masing-masing.
Jom. kita korek lagi!