No Image Caption

Paduan Suara Emas: Koir asah bakat pelajar

25 Sep 2023 09:49am
A
A
A

Melihat kepada kemampuan murid sekolah dalam melontarkan alunan suara yang merdu ketika persembahan koir membuktikan yang mereka sememangnya mempunyai bakat terpendam dalam bidang tersebut.

Biarpun sentiasa sibuk menelaah pelajaran dalam semua mata pelajaran, namun mereka tetap bijak menyusun jadual belajar semata-mata mahu mengembangkan lagi bakat sedia ada menerusi bidang seni koir.

Siapa tahu melalui koir ini, mereka mampu mencipta nama di pentas yang lebih besar selain membanggakan ibu bapa, keluarga dan juga nama sekolah.

Minggu ini, Sinar Bestari bawakan kehebatan persembahan nyanyian yang dilakukan secara berkumpulan oleh pasukan koir sekolah rendah dan menengah yang berjaya menarik perhatian juri sekali gus memenangi Pertandingan Koir sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari 2023 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok