
Ramadan: Platform Perkongsian Ilmu Pelajar Tahfiz
Hari ini merupakan minggu pertama umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Namun tahukah adik-adik bahawa sepanjang Ramadan, permintaan terhadap khidmat pelajar tahfiz meningkat dek kepakaran mereka dalam bacaan al-Quran dan ilmu agama.
Pelajar tahfiz sering diundang memimpin solat tarawih, tadarus dan menyampaikan tazkirah di masjid serta surau.
Keindahan alunan bacaan mereka menjadikan suasana ibadah lebih khusyuk, sementara kehadiran pelajar tahfiz umumnya memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama.
Institusi keagamaan juga berlumba-lumba mendapatkan khidmat mereka bagi menghidupkan Ramadan dengan lebih bermakna.
Fenomena ini membuktikan bahawa pelajar tahfiz memainkan peranan penting dalam memperkukuh syiar Islam dan menyemarakkan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Ikuti perkongsian Sinar Bestari mengenai kisah pelajar tahfiz di bulan yang mulia ini.
Jom kita, bismillah!