Sungai Amazon. Kredit foto: Pexels
Sungai Amazon. Kredit foto: Pexels

Fakta menarik Hutan Amazon yang anda perlu tahu

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
09 Feb 2023 06:32pm

Hutan Amazon merupakan hutan hujan tropika terbesar di dunia. Keluasan saiz hutan ini adalah seluas 6.7 juta kilometer persegi dan merangkumi lapan buah negara di benua Amerika Selatan iaitu Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, Guyana dan Suriname serta sebuah wilayah luar negara Perancis, Guiana France.

Walaupun meliputi banyak negara, Brazil tetap menjadi rumah utama hutan Amazon kerana dua pertiga hutan ini berada di dalamnya.

Disebabkan keadaan hutannya yang tebal, kawasan lantai hutan tersebut sentiasa berada dalam keadaan gelap kerana tidak mendapat cahaya matahari.

Untuk itu, Sinar Bestari ingin kongsikan lima fakta menarik tentang hutan hujan tropika itu.

Jom baca!

1. Rumah untuk 47 juta manusia

Amazon menjadi kediaman kepada jutaan manusia termasuk 400 suku orang asli yang bertutur dalam 300 bahasa berbeza. Ini menjadikan hutan berkenaan sebagai tempat paling banyak didiami manusia.

2. 400 bilion pokok

Artikel Berkaitan:

Terdapat 400 bilion pokok tumbuh di dalam hutan Amazon. Pokok-pokok ini mempengaruhi kitaran hujan yang berlaku di seluruh Amerika Selatan dengan melepaskan 20 bilion tan air ke udara setiap hari. Satu pokok besar boleh melepaskan lebih 1,000 liter air dalam tempoh 24 jam, cukup untuk mengisi 10 tab mandi bersaiz biasa.

3. Ekosistem yang kaya

Amazon kaya dengan ekosistem habitat semula jadinya kerana terdapat 40,000 spesies tumbuhan, 1,300 spesies burung, 3,000 spesies ikan, 430 mamalia dan juga 2.5 juta spesies serangga yang berbeza.

4. Kawasan binatang buas

Walaupun kelihatan cantik pada luaran, kawasan dalam hutan Amazon tetap berbahaya kepada manusia jika tidak berhati-hati. Hutan Amazon juga terkenal sebagai rumah kepada banyak binatang buas yang boleh membunuh manusia. Antaranya belut elektrik, ikan piranha, katak beracun, ular berbisa dan pelbagai lagi.

Sungai Amazon. Kredit foto: Pexels
Sungai Amazon. Kredit foto: Pexels



5. Sungai Amazon

Untuk pengetahuan pembaca, Amazon memiliki sungai kedua terpanjang di dunia dengan panjangnya melebihi 6,575 kilometer.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp