No Image Caption

Hilang debaran peperiksaan dengan langkah yang dikongsi Pakar Motivasi ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
07 Feb 2023 02:14pm
A
A
A

Debaran sebelum dan selepas peperiksaan adalah perkara biasa yang pasti dilalui oleh semua pelajar.

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan bagi menghilangkan debaran, namun ia tetap tidak berjaya.

Menurut Pakar Motivasi, Mohd Nadzri Abdul Rahman, setiap pelajar perlu bertenang dan tidak cemas apabila perasaan debaran itu muncul dalam diri mereka.

“Sebenarnya debaran sangat bagus untuk kita kerana apabila debaran sudah terasa, diri akan mula bertindak dan memastikan tindakan yang akan dibuat ke arah yang positif serta memberi manfaat.

“Bagaimanapun calon terutamanya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan tidak terlalu bimbang dengan perasaan tersebut kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran dan ulang kaji,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Mohd Nadzri yang juga Pengarah Eksekutif Harith Mind Excel Centre turut menitipkan beberapa pesanan kepada semua calon peperiksaan berkaitan tip menghilangkan debaran.

“Letakkan seluruh tumpuan pelajar kepada proses pembelajaran dan sesi ulang kaji pada waktu-waktu terakhir ini (khusus untuk calon SPM).

“Jangan terlalu memikirkan anda kesuntukan masa. Sebolehnya, hafal perkara yang sepatutnya dihafal dan ulang kaji latihan dalam setiap subjek serta jangan melengah-lengahkan masa belajar,” jelasnya yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia.

Mohd Nadzri
Mohd Nadzri

Pada masa yang sama, Mohd Nadzri turut menyarankan calon peperiksaan menulis sebaris ayat ‘SAYA BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK’ sebagai penguat semangat masing-masing.

“Ayat ‘SAYA BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK’ perlu ditulis di atas sekeping kertas atau kad dan ditampal di lokasi tertentu.

“Setiap kali pelajar melihat ayat itu, sudah tentu dia yakin boleh berjaya dan mampu meraih kejayaan dalam peperiksaan,” ujarnya lagi.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok