Guru disarankan menyusun jadual mengajar, tugas harian dan aktiviti sekolah lebih awal untuk mengelakkan kelam-kabut.
Guru disarankan menyusun jadual mengajar, tugas harian dan aktiviti sekolah lebih awal untuk mengelakkan kelam-kabut.

10 tip persediaan guru untuk sesi persekolahan 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Feb 2025 05:37pm

Menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan 2025 minggu depan, golongan guru merupakan individu yang paling sibuk sepanjang berada di sekolah.

Kesibukan ini bukan sahaja disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan bahan mengajar dan merancang strategi pengajaran, tetapi juga disebabkan oleh pelbagai tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan sebelum kelas bermula.

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan 10 tip penting dalam konteks persediaan guru.

1) Rancang jadual awal

  • Susun jadual mengajar, tugas harian dan aktiviti sekolah lebih awal untuk mengelakkan kelam-kabut.

2) Gunakan teknik pengurusan masa

Artikel Berkaitan:

  • Amalkan Pomodoro atau Time Blocking bagi memastikan tugas disiapkan mengikut keutamaan.

3) Sediakan bahan mengajar lebih awal

  • Simpan bahan dalam fail fizikal atau digital (Google Drive, OneNote) supaya mudah diakses.

4) Gunakan teknologi untuk memudahkan kerja

  • Manfaatkan aplikasi seperti Google Classroom, Kahoot dan Canva untuk mempercepatkan urusan mengajar.

5) Delegasi tugas dengan bijak

  • Jangan takut meminta bantuan rakan guru atau murid untuk menguruskan aktiviti dan program sekolah.

No Image Caption

6) Elakkan last minute work

  • Buat perancangan lebih awal supaya tidak terbeban dengan kerja yang bertindih.

7) Jaga kesihatan fizikal

  • Pastikan tidur mencukupi, amalkan pemakanan sihat dan lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

8) Kawal stress dengan teknik relaksasi

  • Amalkan pernafasan dalam, meditasi ringan atau membaca al-Quran untuk menenangkan fikiran.

9) Bersikap positif dan fleksibel

  • Hadapi perubahan dengan tenang dan fokus kepada penyelesaian bukan masalah.

10) Luangkan Me Time

  • Ambil masa untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bagi mengimbangi kehidupan kerja dan peribadi.

Sumber: Telegram Pendidik2u

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp