Didoakan calon akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam BM SPM 2023.
Didoakan calon akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam BM SPM 2023.

10 tip skor A+ Bahasa Melayu SPM 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
07 Dec 2023 02:49pm
A
A
A

Ramai menganggap subjek Bahasa Melayu (BM) begitu mudah untuk skor A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia kerana, BM merupakan bahasa yang sentiasa digunakan dalam komunikasi harian sama ada di tempat kerja, sekolah, pasar raya atau perbualan harian.

Menurut Guru Cemerlang BM Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh, Kelantan, Cikgu Norasma Mohamed Salleh, subjek BM wajib lulus bagi melayakkan calon-calonnya mendapat sijil pada peperiksaan SPM.

Malah ia dikira sebagai merit bagi membolehkan seseorang pelajar menyambung pengajian ke menara gading kelak.

Dalam membantu calon-calon SPM 2023 skor A+ dalam BM, Cikgu Norasma berkongsi 10 tip penting yang wajib diberi perhatian pelajar Tingkatan Lima.

Mari ikuti panduan disediakan Cikgu Norasma khusus untuk pelajar yang kini menduduki peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.

1) Baca soalan dengan teliti.

2) Garis perkataan yang penting, contoh peranan pihak kerajaan, usaha-usaha, langkah-langkah dan ciri-ciri.

Artikel Berkaitan:

3) Tiga perkara yang paling utama yang perlu pelajar ambil perhatian ialah tema, sasaran dan kehendak soalan.

4) Jawab soalan yang lengkap. Pastikan dalam setiap ayat WAJIB ada subjek dan predikat.

5) Semasa menjawab, pilih kosa kata yang tepat. Contoh, ibu bapa haruslah membimbing/ mendidik/ menjadi suri teladan dan sebagainya.

6) Calon hendaklah memastikan menjawab soalan dengan ejaan yang betul.

7) Elak kesalahan tatabahasa untuk mendapat A+.

8) Pastikan ayat gramatis dan pengolahan ayat yang menarik.

9) Semasa menjawab, calon hendaklah memerhati jumlah markah. Sila jawab 4/5 isi sekiranya markah yang diperuntukkan tiga markah. Ini untuk soalan pemahaman bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

10) Akhir sekali akur pada soalan yang telah diutarakan. Contoh soalan rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan, jadi sila AKUR jangan buat lebih.

Pastikan A+ BM SPM dalam genggaman anda!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok